25 January 2011

Gagal di dewan, Khalid nak heret rakyat pula

Gagal meraih majoriti 2/3 dalam sidang tergempar DUN untuk pinda perlembagaan negeri, Khalid gagap kini merancang untuk mengheret rakyat pula dalam meraih simpati berhubung pelantikan tiga pegawai eksklusif pentadbiran negeri Selangor.

Khalid merancang untuk mengadakan road-show untuk memberi penerangan kepada rakyat berhubung perlunya pindaan perlembagaan tersebut. Buat apa? Bukankah itu hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit? Rakyat sebenarnya tidak pernah ambil peduli perihal pelantikan ketiga-tiga jawatan itu, atau apa yang terkandung dalam perlembagaan tersebut.

Rakyat Selangor hanya mahukan kerajaan negeri melaksanakan tugas mereka sebagai kerajaan dengan memberi perhatian kepada nasib rakyat negara itu. Rakyat Selangor hanya mahu negeri itu terus aman makmur dengan ekonomi berkembang lebih pesat agar tiada rakyat yang menganggur, jumlah orang miskin berkurangan atau dihapuskan dan yang penting semua rakyat dapat makan, tempat tinggal dan sekolah yang selesa.

Peduli apa siapa yang nak jadi SUK negeri, peduli apa rakyat. Apa yang penting nasib mereka terbela bukannya bertambah parah. Pembangkang telah diberi mandat oleh rakyat Selangor untuk menjadi kerajaan di negeri itu agar mereka boleh menjadi kerajaan yang lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, dan bukannya hanya sekadar berpolitik sepanjang masa, siang dan malam.

Jadi buat apa Khalid nak heret sama rakyat dalam kancah politik beliau. Apa yang rakyat peroleh andai perlembagaan negeri itu diluluskan untuk dipinda. Apakah dengan pindaan tersebut rakyat semakin senang lenang? Apakah apabila SUK dilantik oleh MB, maka rakyat akan tidur dalam kekenyangan? Belum tentu. Jadi buat apa kami sebagai rakyat Selangor perlu diseret sama dalam polemik pentadbiran kerajaan negeri?

Andai Khalid seorang MB yang hebat, jauh lebih hebat daripada Khir Toyo, Abu Hassan Omar, Mohd Taib atau mana-mana MB UMNO, Khalid tidak perlu mengheret sama rakyat yang tidak tahu apa-apa tentang ilmu mentadbir negeri dalam hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Tidak... tidak perlu.

Jadi Khalid, eloklah kau duduk di pejabat MB, selesaikan banyak masalah rakyat Selangor yang belum diselesaikan. Isu tanah, isu penjaja dan peniaga kecil, perihal setinggan dan 1,001 masalah lagi yang masih membelengu rakyat negeri ini yang memerlukan perhatian dan penyelesaian segera oleh MB dan barisan Exconya.

Tolonglah... Sudah-sudahlah buang masa dengan berpolitik. Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai MB Selangor. Rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik anda sejak hari pertama mentadbir negeri ini hampir tiga tahun lalu.

Share this

0 Comment to "Gagal di dewan, Khalid nak heret rakyat pula"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.