27 January 2011

Hikmah banjir di Tenang...

Alhamdulillah, banjir di Tenang. Maaf bukan aku doakan supaya penduduk Tenang ditimpa musibah tetapi bagi aku banjir di Tenang adalah satu hikmah kerana dari situ rakyat lebih mudah membuat penilaian siapa yang selayaknya menjadi pemimpin mereka selepas ini.

Aku percaya apabila banjir melanda, kedua-dua calon iaitu Tok Ai (Azahar Ibrahim) dan Cikgu Mala sudah pasti berlumba-lumba turun meredah banjir untuk menunjukkan betapa prihatinnya mereka terhadap nasib pengundi mereka. Begitu juga barisan jentera pilihan raya mereka. Dan sudah pasti para penduduk terbabit akan dapat melihat siapa yang benar-benar ikhlas untuk menolong dan siapa yang datang sebab semata-mata mahu mendapatkan undi mereka.

Aku tidak berpeluang ke Tenang kali ini kerana kesibukan tugas hakiki tetapi berdasarkan laporan yang disampaikan rakan-rakan, aku pasti para pengundi sudah membuat keputusan di dalam benak kepala mereka siapa yang selayaknya menjadi wakil rakyat mereka dan hanya menanti hari untuk menuangkannya di atas kertas undi.

Kepada pengundi di Tenang, renung-renungkanlah. Pilihlah calon yang benar-benar ikhlas datang membantu anda dan bukannya datang untuk mengharapkan undi umpama "tak ada undi tak ada bantuan!"

Share this

0 Comment to "Hikmah banjir di Tenang..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.