24 January 2011

Ibrahim Abu Shah calon BN di PRK Merlimau?

Mr Potatoes anak jati Merlimau
Nama beliau sudah disebut-sebut untuk diletakkan sebagai calon sejak PRU-12 lagi. Selain mempunyai nama besar dalam bidang akademik TS Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah juga cukup dikenali sebagai anak jati Merlimau dan telah membawa puluhan ribu mahasiswa UiTM di negeri itu sepanjang beliau menjawat Naib Canselor universiti Melayu itu. 

Mana ada jumlah mahasiswa UiTM paling ramai di negara ini (selain kampus induk di Shah Alam) melainkan di Melaka. Selain di kampus Lendu, UiTM juga mempunyai dua Kampus Kota di tengah-tengah bandar Melaka. Ini semua adalah jasa Ibrahim Abu Shah atau aku gelar dia sebagai "Mister Potatoes".

Justeru, sejak PRU-12 lagi Ali Rustam begitu berminat untuk membawa Ibrahim ke kancah politik dengan meletakkan beliau sebagai calon di mana-mana kerusi di dalam Parlimen Jasin. Namun bagaimanapun, entah di mana pada hari pengumuman nama calon, nama Ibrahim tiada dalam senarai.

Dan kini ketika bakal berlangsung PRK Merlimau ekoran kematian Datuk Hidhir baru-baru ini, nama Ibrahim kembali disebut-sebut untuk diletakkan di Merlimau nanti. Di tambah pula kedudukan Ibrahim yang kini bebas dan tidak lagi terikat sebagai VC UiTM mengukuhkan lagi harapan Ali Rustam untuk menarik beliau menjadi wakil rakyat Merlimau dan Exco Kerajaan Negeri yang baru.

Bagaimanapun, hasrat Ali Rustam itu perlu mendapat persetujuan daripada Ibrahim sendiri dan juga memperoleh lampu hijau dari Presiden UMNO. Persoalannya, sudikah Ibrahim Abu Shah menjadi waki rakyat kampung di Merlimau sedangkan beliau sudah mempunyai nama besar selaku Naib Canselor universiti tersohor dan bergelar Tan Sri?

Namun jika Ibrahim sedia menanggalkan bush-jaketnya dan sanggup menyinsing lengan baju untuk berbakti kepada rakyat, aku percaya Ibrahim Abu Shah bakal dipilih sebagai calon BN di Merlimau nanti.

Selain "Mister Potatoes", nama lain yang bakal dipertimbangkan oleh Ali Rustam ialah bekas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusoff. Beliau juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Jasin. Sebagai orang berpengalaman dalam dunia politik, mempunyai pengaruh tersendiri di peringkat akar umbi, Mohd. Said juga mempunyai kelayakan untuk bertanding di Merlimau.

Nama-nama lain? Setakat ini aku masih belum nampak mereka yang benar-benar layak termasuk dari pihak Wanita, Pemuda mahupun Puteri UMNO.

Sama-samalah kita tunggu perkembangannya....

Share this

1 Response to "Ibrahim Abu Shah calon BN di PRK Merlimau?"

  1. Oh tidak! Tak sokong tan sri ibrahim abu shah. Cukup kenal perangai beliau sewaktu beliau vc uitm. Tak suka! Tak suka!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.