26 January 2011

Ini macam amaran untuk Najib, Rosmah je?

Utusan Malaysia hari ini seolah-olah melemparkan amaran dan isyarat jelas kepada Najib dan Rosmah apabila menyiarkan laporan bertajuk "Angkara Leila, suami tersungkur" dalam ruangan Mega hari ini. Walaupun secuit perkataan pun tidak disebutkan mengenai Najib dan Rosmah tetapi kalau korang pandai baca apa yang tersirat, inilah yang dibimbangi oleh Utusan sebenarnya.

Kata-kata dimuka depan Mega itu ditulis: "Kegilaan Leila Trabelsi terhadap kemewahan dan kehidupan yang berlebih-lebihan membawa pada apabila ia mengundang kebencian rakyat Tunisia terhadap kepimpinan suaminya, Presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Akibatnya Ben Ali bukan sahaja digulingkan, tetapi turut diusir dari Tunisia."

Nah itu dia. Walaupun peristiwa ini berlaku di Tunisia tetapi adalah tidak mustahil perkara sama boleh berlaku di negara ini andai kemarahan dan kebencian rakyat sudah sampai ke tahap maksimum. Malah sekarang ini pun suara-suara tidak senang dengan Rosmah yang semakin "lebih sudu dari kuah' semakin lantang kedengaran. Suara-suara itu bukan hanya datang dari pihak pembangkang, malah juga datang dari mereka yang pro-kerajaan, dari dalam UMNO malahan dari Pejabat PM sendiri.

Sekarang ini apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh Rosmah telah menjadi boomerang kepada Najib dan silap-silap haribulan boleh mencantas kepada suaminya sendiri. Tapi sayang dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukannya dan Najib pula sudah semakin tidak mampu mengawal isterinya.

Najib tolonglah. Lantiklah seseorang yang mampu mengawal segala tindakan dan ucapan Rosmah agar tidak menjadi "bahan lawak" untuk ditunjukkan kepada rakyat. Jika Rosmah benar-benar mahu seiring dengan Hillary Clinton, dia perlu pandai memilih kata-kata dan lebih peka mana yang perlu diucap di hadapan khalayak dan mana yang perlu dipendam.

Misalnya apa yang dia cuba jelaskan tentang lawatannya ke Oman. Tolonglah, tak perlulah nak cakap "minyak kapal terbang" pun pihak istana Oman yang tolong bayarkan. Seolah-olah nak tunjuk hebatnya Rosmah mengatasi Raja Permaisuri Agong. Niat dia mungkin baik, untuk menjelaskan bahawa lawatannya ke Oman tidak menggunakan wang rakyat, tetapi semakin dijelas orang akan semakin menyampah dan meluat.

Tertanya juga aku apa khabarnya Azrene Soraya Abdul Aziz (anak Rosmah dengan suami pertamanya) dan suaminya Dr. Fadzley Yaacob. Apa khabar anak-anak kecil mereka, sudah bertemukah dengan nenek mereka?

Jadi, sebelum bercakap soal kanak-kanak dan wanita sehingga ke pelosok dunia, selesailah dahulu masalah dalam keluarga sendiri. Jenguklah anak menantu dan timanglah cucu-cucu rindukan kehadiran neneknya. Selepas itu, bolehlah jaja satu dunia tentang kehebatan Permata dan Rosmah Mansor.

Bukan apa, aku takut sejarah yang berlaku terhadap Ben Ali atau Ferdinand Marcos berulang ke atas Najib Tun Razak....!! Wanauzubillah!

Share this

0 Comment to "Ini macam amaran untuk Najib, Rosmah je?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.