07 January 2011

Kalaulah Karam Singh tu Melayu...

Kalaulah Karam Singh  itu orang Melayu dan yang dihina itu orang India, dah tentu demonstrasi besar-besaran puak2 Hindraf telah dibuat di hadapan Sri Pentas TV3 tuntut dia dipecat dengan kadar segera atau desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja bagi siasat Karam Singh.

Tapi nasib baiklah Karam Singh adalah seorang Benggali dan apa sahaja yang dihemburkan kepada Melayu lenyap begitu sahaja. Tiada sebarang tindakan kedengaran malah puak-puak Hindraf pun tak ambil pusing. Wajah berjambang dengan pantun tak berirama Karam Singh masih boleh dilihat di kaca TV3 setiap hari.

Dosa Karam Singh yang menghina orang Melayu telah selesai hanya dengan permohonan maaf beliau. Itu pun kerana dia hampir dibelasah sekumpulan orang Melayu yang mendengar caci makinya terhadap bangsa Melayu. Kalau tidak aku pasti Karam Singh masih tidak mengaku salah atau paling tidak disalahkan Utusan sebab sengaja cetuskan berita berbaur rasis!

Itulah baiknya orang Melayu. Apabila ada kaum lain yang berani menghina bangsanya, mereka cepat melupakannya dengan hanya memohon maaf. Tapi bayangkanlah kalau orang Melayu mengeluarkan kata sinis (bukan hina tapi sinis) terhadap puak-puak mereka, satu negara boleh kecoh dan pemimpin mereka baik pembangkang mahupun kerajaan hampir setiap hari desak kerajaan ambil tindakan. Lihatlah nasib dua pengetua Melayu yang KONON menghina kaum bukan Melayu.

Lihatlah nasib novel Interlok yang hanya kerana ada beberapa perkataan yang mengecilkan kaum mereka, mereka buat desakan supaya ditarik balik daripada menjadi teks Komsas. Dan kini isu Teoh Beng Hock, walaupun Mahkamah Koroner telah selesai bersidang dan telah membuat keputusan, mereka masih terus mendesak diwujudkan pula Suruhanjaya Diraja.

Sebab apa? Sebab ia melibatkan kaum mereka sedangkan apabila orang Melayu menuntut sedikit hak mereka dilabelkan sebagai rasis. Utusan Malaysia terbitan Utusan MELAYU (M) Berhad yang membawa inspirasi kaum Melayu dicop rasis, UMNO - Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu dianggap parti rasis. Tapi Malaysian Chinese Association atau Malaysian Indian Congres tak pula dilabel parti rasis.

Apakah puak-puak mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah MELAYU sebab ia kereta api rasis? Apakah mereka tidak akan bercakap MELAYU sebab ia rasis? Akan berlaku....

Kepada Karam Singh, bersyukurlah kerana anda bukan Melayu dan kepada puak-puak yang menghina Melayu, berilah alasan bahawa ketika penghinaan itu dibuat anda sedang mabuk. Nescaya anda selamat!

Share this

2 Responses to "Kalaulah Karam Singh tu Melayu..."

  1. Assalamualaikum,
    Memang Amat benar posting tuan....TERINGAT SAYA akan KES DUA ORANG PENGETUA MELAYU....kena tindakan tatatertib & pool. Kita terlampau mahu popular & menjaga pihak lain lebih dari segalanya. Amat tidak adil & mendukacitakan.....

    ReplyDelete
  2. setuju dgn artikel saudara..ini membuktikan siapa yg lebih rasis sebenarnya...cuma masalahnya ialah kerajaan terlalu berlembut dlm hal2 spt ini...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.