Muhyiddin, calon dan cikgu....

Petang nanti Muhyiddin akan mengumumkan calon BN bagi PR Tenang. di pekarangan Pejabat UMNO Bahagian Labis, jam 4 petang.

Menariknya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran akan umum calon yang bakal menentang bekas kakitangan di bawah kementeriannya Normala Sudirman atau lebih dikenali Cikgu Mala yang mewakili Pas.

Inilah dunia politik, apa sahaja boleh berlaku. Banyak sebenarnya kes-kes yang lebih menarik dari kisah Menteri Pelajaran dan bekas kakitangan kementerian itu.  Pertembungan adik-beradik, bapak-anak, rakan sahabat dan bos dengan bawahannya sering berlaku.

Menarik bukan? Siapa boleh beri contoh yang aku katakan itu, silakan!
Muhyiddin, calon dan cikgu.... Muhyiddin, calon dan cikgu.... Reviewed by mesin taip buruk on 1/19/2011 08:15:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.