11 January 2011

Murugiah perlu minta maaf dan letak jawatan!!!

Muka depan Utusan Malaysia 11.1.11
Nah, penjelasan dari Datuk Abdullah Hussain menceritakan segalanya dalam Utusan hari ini. Jadi siapa hina siapa sebenarnya?

Justeru, aku mendesak Murugiah memohon maaf kepada Abdullah Hussain dan seluruh rakyat Malaysia dan beliau hendaklah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana:

1)  Menghina Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain berhubung kandungan novel Interlok yang didakwa menghina kaum India, sedangkan beliau sendiri (aku yakin dan percaya) tidak membaca keseluruhan teks tersebut.

2) Menghina dan memperkecilkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran apabila beliau membuat keputusan sendiri "menarik balik" Interlok sebagai buku teks pengajaran & pembelajaran Komsas di sekolah.

3) Secara tidak langsung mencetuskan kemarahan dan rasa tidak senang kaum India terhadap penulis Interlok sehinggakan ada yang berdemonstrasi dan membakar novel tersebut serta potret penulisnya.

4) Cuba menggugat hubungan antara kaum dengan membangkitkan kemarahan kaum India terhadap penulis, yang juga seorang Melayu. Jika dibiarkan ia boleh mencetuskan rusuhan antara kaum dan mengulangi peristiwa Kampung Medan atau 13 Mei.

Aku harap Najib selaku PM dan ketua kepada Murugiah perlu mengambil tindakan ke atas timbalannya. Murugiah perlu di-DI dan dimintalepaskan jawatan.

Ramai lagi Ahli Parlimen India (BN) lain yang layak menggantikan Murugiah. Kamalanathan misalnya!

Share this

2 Responses to "Murugiah perlu minta maaf dan letak jawatan!!!"

  1. Murugiah cuba menjadi hero dalam apa yang berlaku. Perbuatannya, sekiranya dialah orang yang sama-sama membangkitkan isu kemarahan orang India adalah satu perbuatan yang memalukan. Sebagai seorang Timbalan Menteri dan berpendidikan beliau sepatutnya meredakan keadaan bukan lagi mecurah minyak pada api yang sedang membara. Saya sebagai bekas seorang pendidik, tidak melihat cacat celanya buku itu. Penulisan dalam buku itu mencerminkan keadaan pada masa itu, tidak ada tujuan untuk menghina mana-mana pihak. Fakta sejarah tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak, kecuali ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadi hero. Murugiah perlu membaca dan memahami contact cerita pada masa itu, bukan melenting tak tentu pasal. Kalau beginilah caranya Murugiah mengatasi masaalah ini menunjukkan beliau telah silap langkah untuk mendapat sokongan kaum India dan ini bukanlah cara seorang pemimpin yang boleh diharapkan oleh kerajaan .Perbuatannya boleh membakar sentiment perkauaman, dan ini amat merbahaya.

    ReplyDelete
  2. Apa lagi? org2 melayu hendaklah bersatu mendesak murugiah letak jawatan dan minta maaf secara terbuka..kami tak nak seorang timbalan menteri yg cetek fikiran mcm tu...nak jadi hero tak bertempat..jgn bagi muka sgt org2 mcm tu...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.