10 January 2011

Pasca AJL: Siapa persoal kemenangan Ana Raffali?

AJL-mania melanda negara malam tadi. Keadaan sekitar dari Lembah Klang sehinggalah ke ceruk-ceruk kampung dan tanah rancangan sunyi sepi. Masing-masing terpacak di depan TV untuk saksikan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25. Khabarnya konsert Jamal Abdillah kat Istana Budaya pun kena tempias AJL apabila banyak kerusi kosong. Nasib baik bukan malam pertama konsert.

Aku dengar-dengar ramai yang tak puas hati dengan kemenangan Ana Raffali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Tapi jangkaan aku lagu Ajai - Noktah Cinta - nyanyian Hafiz tepat. Bila aku dengar Hafiz nyanyi lagu tu secara live aku kata wah lagu ni boleh dapat nombor tiga (nombor tiga ya. Aku tak kata no. 1 atau 2 tau!) Tup-tup betul! Haha... Sekarang ni aku macam jadi bomoh ramal pulak. Asyik betul je ramalan aku! (Perasan!!).

Balik kepada juara AJL kali ini, ramai yang kata lagu tu tak best, mendatar je nadanya. Tak ada aura. Tak macam lagu Faizal Tahir - Hanyut atau Selamat Malam atau lagu Yuna. Itu pandangan merekalah. Tapi bagi aku, aku tengok trend pemilihan juara AJL sebenarnya bukan bergantung kepada persembahan atau populariti penyanyi. Betul lagu-lagu Faizal Tahir sedap tetap bukan itu yang TV3 cari.

Kalau tengok trend sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun terakhir, juara AJL adalah untuk lagu-lagu yang ada "kelainan" atau faktor-X yang boleh membantu mengembangkan industri muzik tanah air. Lihat saja kemenangan Meet Uncle Husin, Aizat, Faizal Tahir dan lain-lain (aku tak ingat) tapi semuanya ada sebab musabab yang kukuh.

Dan kekuatan Ana Raffali pada lagu ini ialah kerana Tolong Ingatkan Aku hasil ciptaannya sendiri baik lirik mahupun lagu. Dan harus diingat Ana merupakan penyanyi yang dicungkil dari You Tube dan bukannya dari pesta nyanyian atau program realiti.

Aku nak tanya, siapa penyanyi muda, perempuan lagi kat Malaysia sekarang ini yang berpendidikan tinggi (Ana student TESL), boleh main muzik, boleh cipta lagu dan lirik, bersuara lunak dan berpakaian sopan-santun ketika menyanyi? Okey betul Yuna. Tapi lagu Yuna pada malam tadi aku nampak tak ada kekuatan lebih-lebih lagi persembahannya kaku lantaran terlekat di atas kerusi dan keyboard.

Persembahan Faizal Tahir memang hebat dan meletup tetapi lagu-lagunya sudah menjadi kebiasaan kerana itulah konsep lagu-lagu Faizal dari awal pembabitannya secara solo. Betul lagu-lagunya ada kelainan tetapi harus diingat Faizal sudah menerima gelaran AJL sebelum ini berlandaskan konsep lagu yang hampir sama.

Begitu juga dengan Yuna, pun sudah diiktiraf selepas menjadi naib juara AJL tahun lalu. Tapi kemenangan Meet Uncle Hussein + Black tu. Apakah kerana lagu Drama King yang konon-konon dikaitkan dengan karakter Anwar Ibrahim maka lagu ini diangat sebagai naib juara? Hahaha... Kena tanya CIFU M. Nasir selaku Ketua Juri.

Apa pun tahniah kepada Ana Raffali atas kemenangan malam tadi. Ingat dah menang tu jangan sombong pulak. Kau tu masih muda, masih mentah dalam industri muzik. Jadikan kejayaan di AJL sebagai permulaan untuk melangkah lebih jauh dan yang penting kekalkan identiti Ana Raffali yang ada sekarang.

Share this

1 Response to "Pasca AJL: Siapa persoal kemenangan Ana Raffali?"

  1. mohon link di blog tuan..

    mimview.blogspot.com

    segala kerjasama didahului dgan ucapan ribuan terima kasih...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.