29 January 2011

Safee bakal bergandingan dengan bekas pemain Aston Villa!

Lee Hendrie
Khabarnya penyerang sensasi negara, Safee Sali sah bakal menyarung jersi Persib Bandung. Kalau itulah keputusannya, aku harap semua pihak terutama penyokong setia Selangor merelakan  pemergian Safee ke Bandung. Ala Bandung dengan Shah Alam bukan jauh sangat... sepelaung saja!

Lagipun aku terbaca satu berita Persib Bandung juga bakal disertai bekas midfield Aston Villa, Lee Hendrie. Hendrie walaupun dah berusia 33 tahun tetapi mempunyai pengalaman 12 tahun bermain beberapa kelab ternama EPL antaranya Sheffield United, Derby County dan Bradford City selain Aston Villa.

Selain itu, Persib Bandung juga sudah memiliki penyerang import Indonesia, Cristian Gonzales yang berasal dari Uruguay. Kalau berita ini sah, maknanya Safee bakal bergandingan dengan pemain-pemain antarabangsa yang cukup berpengalaman. Wow! Bagus sangat untuk karier bola sepak Safee.

Lagipun Safee juga boleh jadi duta bola sepak Malaysia ke Indonesia selepas Siti Norhaliza dicadangkan sebagai duta kebudayaan Melayu dan Upin-Ipin sebagai duta kartun kita ke sana. Lepas ni puak-puak Bendera nak berdemonstrasi pun fikir dua tiga kali. Hehee...

Share this

0 Comment to "Safee bakal bergandingan dengan bekas pemain Aston Villa!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.