12 February 2011

Ada beribu lagi "Arfah Mawaddah" di Mesir...

Heboh di kalangan rakan-rakan blogger mengenai surat tanda terima kasih oleh salah seorang penuntut Malaysia di Mesir yang berjaya diselamatkan dalam Ops Piramid baru-baru ini. Penuntut tersebut Arfah Mawaddah dari Gombak dan dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada banyak pihak yang terlibat sehingga dia selamat pulang ke tanah air, tetapi secuit perkataan pun tidak diucapkan kepada kerajaan Malaysia.

Baca surat Arfah Mawaddah di sini.  atau originalnya di sini!

Terus-terang aku katakan aku tak hairan jika ada pelajar kita kat Mesir bersikap seperti Arfah malah aku percaya ada ribuan lagi pelajar seperti Arfah Mawaddah yang sedang belajar di Mesir dan hampir semuanya telah diselamatkan dalam misi Ops Piramid baru-baru ini.

Ini kerana, seperti aku katakan sebelum ini, Mesir merupakan kilang bagi melahirkan pemimpin dan pelajar penentang kerajaan terutama pelajar aliran agama. Ini kerana kebanyakan ibu bapa mereka adalah penyokong kuat Pas, atau kerana mereka sebelum ini "putih" tetapi dihijaukan selepas ditarbiah oleh puak-puak mereka di Mesir.  Mereka kebanyakannya pelajar tajaan kerajaan negeri atau agensi berkaitan.

Aku yakin daripada 10,000 pelajar yang diselamatkan oleh kerajaan, lebih 75 peratus daripadanya adalah pengikut kuat Pas atau dengan kata lain, penentang kerajaan. Wajah-wajah yang terpapar di media, surat khabar atau blog-blog  adalah wajah-wajah penentang kerajaan, termasuk kumpulan pertama yang selamat tiba di KLIA tempoh hari. Sebahagian besar mereka dengan wajah kelat  "terpaksa" mendengar ucapan PM sejurus tiba.

Tapi ketika menjalankan misi menyelamatkan mereka, kerajaan termasuk para petugas kedutaan, agensi kerajaan seperti Tabung Haji, NGO-NGO terlibat, pihak tentera dan syarikat penerbangan tidak pernah mahu ambil tahu sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya, melainkan bagi memastikan mereka semua selamat keluar dari Mesir dan pulang ke tanah air.

Orang Pas tidak pernah bersyukur atas bantuan kerajaan sejak dahulu, dalam segala perkara sekalipun. Bagi mereka apa yang dihulurkan kerajaan sebagai tanggungjawab mereka membela nasib rakyat tetapi mereka lupa Pas juga adalah sebuah kerajaan di Kelantan dan Kedah, tetapi cuba tanya apa yang mereka lakukan untuk membela nasib rakyat di kedua-dua negeri tersebut, sedangkan ia adalah tanggungjawab mereka sebagai kerajaan.

Tapi tak mengapalah. Biarlah Arfah Mawaddah dan ribuan Arfah yang lain tidak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat, Najib, Jamil Khir, Tabung Haji dan lain-lain kerana bukan itu yang diinginkan oleh mereka yang membantu. Kita ikhlas melakukannya dan Allah amat mengetahui semua itu.

Apa sangat ucapan terima kasih Arfah Mawaddah bagi Najib dan kerajaan Malaysia kerana sesungguhnya rakyat Malaysia yang lain sudah lama tahu membezakan "yang mana intan, yang mana kaca". Tunggulah PRU-13 nanti. Selepas itu akan tiada lagi suara-suara bongkak dan riak seperti sekarang.

Mereka lupa Allah itu maha adil dan maha bijaksana!

Passt...! Mungkin juga dalam surat Arfah Mawaddah ada ucapkan terima kasih kepada Najib dan kerajaan Malaysia tetapi "dibuang" oleh editor Harakah untuk siaran akhbar mereka. Alaa... Harakah macam Utusan juga. Bezanya Harakah surat khabar Pas, Utusan surat khabar UMNO!

Share this

7 Responses to "Ada beribu lagi "Arfah Mawaddah" di Mesir..."

  1. Beb,dia org memang sombong>Allah dah bagi perintah 5 negeri,sombong bongkak bukan main.Aku setuju kita tunggu je PRU 13.Aku setuju sgt dgn seorang alim yg aku pernah jumpa..jangan nak kusut2 ttg politik ni,ni memang Allah nak beri peringatan kepada puak UMNO/BN untuk muhasabah sebab pemimpinnya banyak yg dah lupa diri(kaum kerabat Pak Lah..tak semuanya salah Pak Lah..tapi kaum kerabat yg disekeliling dia).Banyak yg Dato Seri Najib dah buat utk perubahan.Jangan lupa..UMNO tak kalah banyak,MIC,MCA dan Gerakan bongok,tonggong,baral,sengal dan sewaktu yg kalah banyak.Insyallah kalau DS Najib ada semangat seperti ayahandanya Tun Razak yg dikasihi iaitu amat mengambil berat hal rakyat aku rasa kita dilandasan yg betul.Beb apa yg kau cakap tu mmg betul,dia org ni memang sombong bongkak.

    ReplyDelete
  2. saya tidak bersetuju dgn surat arfah mawaddah itu...berterima kasihlah kpd semua yg terlibat secara lgsg mahupun tidak lgsg...bukannya kepada golongan2 tertentu sahaja...bukankah agama kita mengajar kita seperti itu?

    ReplyDelete
  3. Mereka riak dan sombong sebab mereka ingat kemenangan mereka di 5 negeri kerana rakyat sudah terima perjuangan mereka sedangkan semua tahu kekalahan teruk komponen BN (selain UMNO) adalah kerana rakyat tolak PM pada masa itu.
    Mereka laung2 kemenangan mereka pada PRU12 lalu sebagai kemenangan rakyat tapi sebenarnya ia adalah kekalahan Pak Lah!
    Tunggulah PRU-13 nanti....!

    ReplyDelete
  4. mungkin Pak lah berundur dari PM sebab kekalahan teruk BN/UMNO masa PRU ke 12..

    ReplyDelete
  5. Zizie.. Pak Lah berundur selepas mendapat desakan ahli-ahli UMNO di semua peringkat. Ikut hatinya memang dia tak mahu berundur walaupun BN dah tewas banyak kerusi pada PRU-12.

    ReplyDelete
  6. klo nak diikutkan,pak lah masih menjadi PM sekarang ni klo x didesak oleh ahli2 UMNO sendiri..apa pun,'pembersihan' dalam parti dan jentera2 kerajaan patut dilakukan klo kerajaan ingin dilihat relevan pada rakyat.selagi pembersihan tidak dilakukan.selama itulah perubahan sukar dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Anon.. Sabar! Najib akan buat "pembersihan" selepas PRUI-13 nanti. Najib bukan macam Pak Lah, naik saja jd PM habis orang2 Mahathir dicantas. Tapi Najib masih simpan org Pak Lah dan Mahathir. Tengoklah selepas PRU13 nanti....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.