21 February 2011

ADUN Pas halalkan rumah urut dan pelacuran pondan?

Panas berapi yeop bila ada ADUN Pas di Parlimen Pandan seolah-olah menghalalkan kegiatan rumah urut dan kegiatan pelacuran melibatkan pondan di kawasan DUN beliau. Masakan beliau tidak tahu wujudnya kegiatan tidak bermoral ini sedangkan Pusat Khidmat DUN beliau hanya beberapa puluh meter dari lokasi berkaitan.

Korang tengoklah peta yang aku kasi taruk kat bawah ni. Yang dot-dot merah kecik tu ialah rumah-rumah urut yang ada di sekitar Pandan Indah. Ada di antara rumah-rumah urut ini berjiran dengan Pusat Khidmat DUN berkenaan dan menurut sumber aku, terdapat juga rumah urut berkenaan tawarkan khidmat tambahan seperti servis "pat chu cheng" dan "B to B".

Klik imej untuk besarkan!

Paling best, ialah kegiatan  pondan di belakang Mid Point a.k.a The Store. Jarak kawasan ini hanya kira-kira 300 meter dari Pusat Khidmat DUN dan sumber-sumber aku memberitahu para pondan ini mula berkeliaran di kaki-kaki lima deretan rumah kedai berkenaan mulai seawal 10 malam hingga 4 pagi. Aku difahamkan terdapat hampir 10 orang pondan Melayu "berniaga" di kawasan terbabit setiap hari.

Mana pergi YB berkenaan yang bukan main lantang bercakap soal "amal makruf nahi munkar" sedangkan kemungkaran di depan mata pun buat-buat tak nampak. Mana perginya pasukan anti-zina Selangor yang duk berkonvoi satu negeri masa Valentine Day hari tu. Jangan cakap saja nak menghapuskan maksiat di Malaysia kalau maksiat di kawasan DUN sendiri pun buat-buat tak nampak.


Itu baru Pandan Indah. Belum lagi aku tengok Pandan Jaya atau kawasan-kawasan lain. Khabarnya permohonan untuk membuka premis rumah urut bertimbun di pejabat MPAJ dan menunggu masa untuk diluluskan. Betul tak betul Wallahua'lam.

Agaknya mereka seronok tengok rumah-rumah urut yang tumbuh macam cendawan kat kawasan DUN mereka (dan seluruh negeri Selangor amnya sejak pakatan haram zadah berkuasa kat negeri ini). Yelah, kurang-kurang boleh juga jana ekonomi kawasan berkenaan dan memeriahkan lagi kawasan tersebut yang sebelum ini "sunyi" apabila malam menjelang tiba.

He..he...!

Pusat Khidmat Pas Pandan berjarak kurang 50 meter dari sebuah rumah urut dan kira-kira 300 meter dari lokasi pondan di Pandan Indah

Share this

0 Comment to "ADUN Pas halalkan rumah urut dan pelacuran pondan?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.