17 February 2011

Antara pelacur bertudung dan lacurkan tudung (Updated!)

UPDATED:
Lagi gambar-gambar wanita melacurkan tudung di bawah.


Terima kasih C.L.J atas pandangan kau pasal tajuk yang aku pos awal ini. Belum sempat aku ulas, kau dah bagi ulasan dulu. (Baca komen di bawah). Aku memang setuju dengan pandangan kau.

Sebenarnya aku nak ulas pasal pendedahan Pak Syeh (Kickdefella) tentang kegiatan pelacuran di Lorong Limau Manis, Kota Bharu yang katanya ada di kalangan pelacur tersebut bertudung ketika menunggu pelanggan. Ringkasnya pelacur bertudunglah tu. Terima kasih kepada Nik Aziz selaku MB Kelantan kerana atas tarbiah beliau dan puak-puak maka pelacur di Kelantan pun sanggup bertudung. Baca sendiri di sini!

Atas dasar pemerintahan Islam di Kelantan juga para pengusaha filem tempatan diwajibkan "memakaikan" tudung pada pelakon-pelakon wanita Islam pada poster-poster wayang mereka. Jika tidak poster itu tidak dapat dipasang di negeri itu. Aku ingat lagi ada (kalau tak salah aku) filem Sembilu di mana Erra Fazira bertudung pada poster filem tersebut yang dipasang di Kelantan tetapi tidak pula bertudung jika poster itu di luar Kelantan.

Begitu juga pada papan iklan. Lihatlah papan iklan Celcom di Kelantan di mana Maya Karin kelihatan manis bertudung pada iklan itu tetapi cuba lihat pula papan iklan serupa di Kuala Lumpur. Tiada lagi tudung pada kepala Maya. 

Ok... Tak apalah. Itu perihal pelacur bertudung dan dasar kerajaan Pas Kelantan. Sama ada bertudung atau tak bertudung itulah pekerjaan yang mereka pilih. Jalan paling mudah menikmati kemewahan hidup.

Tapi aku juga nak sentuh perihal perempuan yang bertudung tetapi pada masa yang sama melacurkan tudung yang dipakainya sendiri. Korang tengoklah sendiri kat bawah ni. Mungkin sesetengah gambar ini korang dah tengok tapi inilah contoh perempuan yang melacurkan tudung. Hehehe...!













Pssst..!! Lebih baik pelacur yang bertudung daripada ostat-ostat yang berserban, berjubah dan berjanggut tetapi sanggup lacurkan agama kerana politik!

Share this

2 Responses to "Antara pelacur bertudung dan lacurkan tudung (Updated!)"

  1. Pelacur Bertudung: Bagi hamba adalah kerana tudung itu bukan digunakan kerana nilaian dari dalam diri; tetapi adalah kerana tekanan nilai sekitar. Dia memakai tudung bukan kerana ikhlas hatinya sendiri nak bertudung tetapi dia merasa malu kalau tidak bertudung.
    Itulah sebabnya dia mempamirkan tudung walau pun dia tidak sunguh sunguh menjaga tundungnya.

    Yang demikian itu serupalah dengan pelacuran tudung atau melacurkan tudung. Kalau demikian, maknanya kerja memberi tekanan emosi dengan selaran kemaruahan itu adalah kerja dakwah yang tidak bijak; yang sekaligus boleh mencemarkan kemuliaan tudung itu sendiri. Sedangkan tudung itu ialah alat menutup aurat mengikut ajaran Islam. Maka ia adalah alat yang hendaklah dipandang sebagai mulia.

    Rupa rupanya sesuatu yang mulia itu walau bagaimana pun mulianya ia; wajaran anjurannya tidaklah patut menggunakan sebarang jalan paksa atau tekanan. Biarlah individu yang memilih dan itulah nilai / mutu dirinya.

    Seterusnya nilaian kita tentang dia yang bertudung dengan yang tidak itu biarlah menjadi nilaian kita. Janganlah diwar warkan. Jagalah marwah individu yang juga adalah ajaran nilai dalam Islam. Apabila ia diwar warkan ia sudah memberi satu rupa tekanan yang dengan sendirinya juga menjadi semacam paksaan.

    Rupa rupanya kerja dakwah itu memerlukan tahap kefahaman perasaan dan emosi manusia. Perlu rupanya difahami riak arus naluri yang menghasilkan gerak hati yang seterusnya memandu keputusan untuk tindakan seseorang.

    ReplyDelete
  2. Hamba memohon maaf kepada mtb kerana terlalu cepat menyampuk. Sebenarnya apabila melihat tajuk yang tuan awalkan sebelum ini hamba terus teruja kerana tajuk itu kebetulannya sudah lama bermain dalam kepala hamba sendiri. Itulah sebabnya hamba menjadi terlalu laju.

    Seterusnya disini hamba nak tumpang menempelkan beberapa soalan untuk menjadi tatapan sahabat sahabat. Tidak perlu ada yang menjawab. Cukuplah dengan soalan itu melintas dalam fikiran masing masing. Kalau nak jawab pada diri sendiri pun ok gak. Soalan soalannya ialah:

    1. Mana lebih baik perempuan tidak bertudung tetapi pandai menjaga maruahnya dengan perempuan bertudung tetapi tidak menjaga maruahnya. (tidak perlu dikaitkan dengan yang tidak menjaga tundungnyalahkerana itu terlalu ketara. Juga tidak perlu dikaitkan dengan yang buat hal dalam gerabak kereta api itulah kerana takut mereka kata kita berpolitik pulak)

    2. Mana lebih baik perempuan bertudung tetapi tidak menjaga auratnya yang lain yang jauh menggiorkan seperti dalam gambar gambar di atas contohnya dengan yang menjaga aurat yang lebih menggiorkan itu tetapi hanya tidak bertudung.

    3. Dimanakah kita nak letak perempuan tidak bertudung tetapi menjaga dengan auratnya yang lain dan banyak jasanya kepada ugama, bangsa dan tanah air sehingga tidak terbandingkan dengan kebanyakan perempuan biasa dalam masyarakat kita.

    Cukuplah 3 soalan itu untuk kita sampai kepada moral perbicaraan ini sebagai rumusan. Rupanya berdakwah mengenai aurat suatu tajuk khusus itu pun kena kita melihat secara menyeluruh (syumul) jangan main ambil sejemput begitu sahaja. Takut kita menjadi tersalah sasar dan kerja kita menjadi tidak bijak. Malah lebih ditakutkan takut kita terjebak dosa kering kerana terselit dalam lintasan fikiran kita tersirat kepentingan yang lain.

    Wallahuaallam.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.