02 February 2011

Anwar mesti seronok tengok keadaan di Mesir

Jutaan rakyat Mesir turun di jalanan desak Hosni Mubarak letak jawatan
Aku percaya Anwar Ibrahim pasti seronok melihat suasana di Mesir pada masa ini yang menyaksikan berjuta-juta rakyat negara itu berarak di jalanan mendesak Presiden Hosni Mubarak yang memimpin negara itu sejak 30 tahun lalu meletakkan jawatan. Desakan rakyat menerusi demonstrasi itulah yang Anwar seronok tengok. Sudah pasti ia menjadi inspirasi baru bagi beliau untuk menggunakan rakyat untuk menaikkan beliau sebagai PM Malaysia.

Maklum sebelum ini pelbagai cara dah dicuba untuk memastikan dirinya menjadi PM tetap tak berhasil. Melalui pilihan raya memang tak ada harapan, melalui pintu belakang gagal, menggunakan berkat doa Nik Aziz pun belum menampakkan tanda-tanda berjaya, lalu apa lagi yang boleh digunakan?

Ingat zaman reformasi 1998 dahulu, Anwar berjaya menggerakkan rakyat turun ke jalanan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir tetapi gagal walaupun keadaan negara pada masa itu agak huru-hara sebab hampir setiap hari ada sahaja demonstrasi jalanan di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Tetapi dalam dok Anwar gerakkan rakyat nak jatuhkan Dr. Mahathir, BN masih boleh menang bergaya pada PRU 1999 dengan tetap mengekalkan majoriti 2/3 di Parlimen.

Lalu gerakan rakyat di Tunisia, Yemen dan kini di Mesir sudah tentu mengembalikan ingatan Anwar tentang gerakan reformasi yang dilakukan dahulu. Maknanya kalau di Mesir, rakyat boleh turun di jalanan untuk jatuhkan Hosni Mubarak, sudah pasti Anwar pasang angan-angan untuk menggerakkan rakyat untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan dirinya sebagai PM.

Dan ketika Anwar khabarnya sedang mengadakan road-show untuk menceritakan kepada rakyat betapa baik, mulia dan sucinya beliau sudah pasti dia akan menjadikan suasana di Mesir sebagai modal ceramahnya dan pastinya orang kampung dan ostat-ostat Pas yang tak tahu apa-apa  atau yang gelap hatinya akan terhangguk-hangguk tanda setuju, manakala yang sedar siapa Anwar pasti akan menggelengkan kepala.

Tapi Anwar mungkin lupa atau memang dia tidak peduli pun kalau keadaan politik di Mesir dan Malaysia bagai langit dengan bumi. Bayangkan di Mesir, parti pembangkang tidak pernah menang waiman satu kerusi dalam setiap kali pilihan raya tetapi di Malaysia, bukan setakat kerusi malah pembangkang boleh menguasai lima negeri. Maknanya apa? Maknanya Malaysia memang jauh demokratik berbanding Mesir.

Satu lagi Anwar lupa bahawa situasi sekarang sememangnya berbeza berbanding ketika gerakan reformasi pada tahun 1990-an akibat pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebabnya pada masa itu mata rakyat dikelabui oleh sifat-sifat "mulia" yang ditunjukkan beliau selama ini tetapi kini semua tembelang beliau sudah diketahui umum. Malah kumpulan reformasi yang digerakkan beliau sendiri pun kini sudah berpaling tadah. Malah ramai pemimpin dan penyokong Anwar sendiri sudah berpaling tadah.

Jadi aku nak cakap kat Anwar, jangan mimpilah kalau nak gerakkan reformasi sekali lagi di Malaysia dan jangan mimpi rakyat akan turun di jalanan lagi untuk menjatuhkan Najib dan menaikkan beliau sebagai PM kerana rakyat kini sudah semakin yakin dengan kepimpinan PM sekarang dan pada masa yang sama rakyat sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Share this

4 Responses to "Anwar mesti seronok tengok keadaan di Mesir"

  1. Salam.KAlau annuar keluar parti dan masok UMNO, aku sokong dia jadi PM.MTB setuju tak.?.

    ReplyDelete
  2. Peliwat tegar macam Anwar memang tak layak jadi PM. Dan aku tak akan sokong dia sampai bila-bila, tak kisahlah dia duduk dalam parti mana-mana...!!

    ReplyDelete
  3. Kenapa Kerajaan Malaysia melengah2kan kes mahkamah Anwar?
    Ada udang di sebalik batu ke?

    ReplyDelete
  4. Mohd... bukan kerajaan yang lengahkan kes tu tapi Anwar yg lengahkan dengan kemuka macam2 bantahan. Sebab dia tahu lagi cepat kes tu dibicarakan, lagi cepat dia masuk balik Sungai Buluh. Sebab dia tahu kali ni dia tak boleh nak elak lagi. Bukti-bukti yang ada pada pihak pendakwa cukup jelas...!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.