24 February 2011

Awas! Krisis Asia Barat lonjakkan harga minyak dunia

Perhatian kepada Mail Sabri! Krisis Asia Barat akibat teori domino di Tunisia, Mesir, Yemen, Libya, Bahrain dan beberapa negara lain telah menyebabkan harga minyak dunia melonjak. Ini kerana negara-negara terbabit adalah antara pengeluar minyak mentah dunia. Dan krisis politik dalam negara terbabit telah menyebabkan juga pengeluaran minyak berkurangan, sekali gus melonjakkan nilainya di pasaran.

Dan apabila harga minyak dunia melonjak, sudah pasti Mail Sabri tidak senang duduk dan pening kepala memikirkan bagaimana mahu mengelak kesan kenaikan harga minyak ini kepada negara. Sebab beliau tahu apabila harga minyak dunia naik, mahu tidak mahu kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak di pasaran tempatan. Dan ini sudah pasti akan menaikkan pula darah rakyat. Tidak... itu perlu dielakkan.

Sejak kerajaan mengambil langkah mengurangkan subsidi minyak, sudah berapa kali harga minyak naik dan setiap kali harga minyak naik, darah rakyat juga naik dan sokongan rakyat kepada kerajaan pula menurun. Seingat aku dasar pengurangan subsidi kerajaan ini dimulakan ketika zaman pemerintah rejim Pak Lah yang kononnya bagi mengurangkan defisit negara. Harga minyak dinaikkan begitu tinggi dan akhirnya kemarahan rakyat dituangkan di kertas undi pada PRU-12.

Tidak... tidak. Mail Sabri dan kerajaan BN perlu memikirkan langkah terbaik bagi membendung kenaikan harga minyak agar tidak membebankan rakyat. Sekarang ini kesan kenaikan minyak waima 1 sen sekali pun akan menyebabkan darah rakyat mendidih. Jadi kerajaan kena fikirkan jalan terbaik tetapi jangan pula dapatkan nasihat daripada Menteri Pemandu (Usop Jala) sebab dia orang korporat dan dia akan uruskan perihal minyak ini macam dia urus syarikat minyak atau syarikat penerbangan.

Kerajaan perlu dapatkan bantuan daripada GLC-GCL yang sukses yang selama ini begitu banyak "makan duit rakyat" untuk memajukan syarikat mereka dengan menyalurkan bantuan bagi menampung subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan. Petronas, Sime Darby, PNB, KWSP, TM, TNB, Maybank dan puluhan GLC lain perlu dikerah untuk menyalurkan bantuan, demi kebaikan rakyat dan masa depan kerajaan BN. Mereka perlu sedar tumbangnya kerajaan sekarang maka "tumbanglah" GLC-GLC ini.

Kalau perlu potonglah gaji pak-pak menteri dan CEO-CEO GLC ini yang aku yakin mencapai ratusan ribu sebulan seorang. Hasilnya disalurkan untuk menampung subsidi minyak. Sebab kesan kenaikan harga minyak bukan hanya dirasakan oleh pak-pak Menteri yang berkereta mewah tetapi juga penoreh getah yang pakai kapcai buruk, nelayan yang menggunakan bot sehinggalah kepada pemotong rumput sebab mesinnya juga guna minyak. Inilah masanya mereka mahu berkorban untuk rakyat selepas sekian lama rakyat berkorban untuk mereka.

Kenaikan harga minyak dunia tidak boleh dielak tetapi kerajaan boleh mengelak daripada menaikkan harga minyak di pasaran. Aku bukan pakar ekonomi tapi bagi aku kerajaan patut lupakan teori rejim Pak Lah itu tetapi pakailah teori Dr. Mahathir: "biar negara miskin asal rakyat hidup mewah". Apa salahnya negara menjadi miskin demi untuk kebaikan rakyat daripada negara kaya-raya tetapi rakyat hidup merempat.

Share this

2 Responses to "Awas! Krisis Asia Barat lonjakkan harga minyak dunia"

  1. Ramalan aku : harga minyak akan naik selepas PRK merlimau dan kerdau.

    ReplyDelete
  2. klu naik pun, yg patut disalahkan adalah mereka2 yg menyokong pendemo yg mencetuskan ketidakstabilan di rantau arab tu..jadi kesimpulannya, sape2 yg menyokong demo dan menggulingkan kerajaan, adalah tidak layak utk bising mengenai kenaikan minyak kerana pada dasarnya mereka yg menyokong krisis hingga menyebabkan kenaikan harga minyak dunia...inflation looms...yg tak bersalah pun terkena akibatnya..kesian sungguh

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.