16 February 2011

Berkat doa Tok Guru gedung maksiat di KB runtuh!

"Gedung maksiat" (ambil istilah Kosmo!) di tengah bandar Kota Bharu tepatnya di Lorong Limau Manis semalam runtuh selepas lebih 20 tahun menjadi sarang maksiat dan kegiatan pelacuran. Ia berlaku selepas kerajaan Pas Kelantan melancarkan serbuan ke atas rumah buruk itu. Berkat doa Tok Guru barang kali.

Macam mana gedung maksiat itu boleh bertahan selama 20 boleh "runtuh" dalam sehari selepas isu kegiatan pelacuran dan judi wujud secara berleluasa di Kelantan didedahkan oleh blogger Kickdefella (baca di sini dan di sini). Apa kerajaan Pas yang perintah Kelantan lebih 20 tahun tak nampak kewujudan rumah buruk di Jalan Limau Manis itu ye? Tapi sekali didedahkan, habis satu Kelantan mereka sapu dan jalankan operasi membanteras maksiat dan pelacuran.

Konon mereka tak kompromi soal maksiat dan pelacuran ini. Wakakakaaa.... Habis tu selama 20 tahun mereka buat apa ye? Aku ramai kawan orang Kelantan dan mereka kata sejak sekolah lagi mereka dah tahun pasal Lorong Limau Manis ini. Katanya bolehlah dikatakan macam Lorong Haji Taib kat KL, atau kurang sikit berbanding Patpong di Bangkok. Agaknya sebab famouslah sehingga ia dikekalkan selama 20 tahun kut?

Ops..! Orang Pas marah sebab itu bukan salah Tok Guru dan kerajaan Kelantan. Bukan tugas MB untuk membanteras pelacuran tapi tugas polis di bawah kerajaan Pusat. Itulah dah orang Pas suruh laksanakan undang-undang Islam, kerajaan Pusat tak mahu. Itulah bahananya. Kerajaan Kelantan jugak yang kena selesaikan.

Ini semua salah kerajaan UMNO. Nasib baik berkat doa Tok Guru akhirnya gedung maksiat ini runtuh!!

Share this

3 Responses to "Berkat doa Tok Guru gedung maksiat di KB runtuh!"

  1. pihak berkuasa di kelantan x perlu buat ape2...hanya perlukan doa NIk Aziz je dah selesai..

    ReplyDelete
  2. Berkat doa pecah perut Nik Aziz, Najib kena chicken-pok. Hebat tok guru!

    ReplyDelete
  3. kah kah...
    aku setuju semua ini salah umno, pas no hal...buat salah kemudian boleh bertaubat...ceh...

    kyle

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.