05 February 2011

Demo yang menghabiskan beras...!

Baguih puak-puak Pas. Dalam kerajaan duk sibuk urus bawa keluar rakyat Malaysia termasuk para pelajar dan anak-anak puak-puak mereka dari Mesir yang sedang bergolak, Pas pulak duk sibuk berdemo suruh Hosni Mubarak berundur. Aku tak tahu apa signifiken demo puak-puak Pas ini selain sekadar melepaskan gian semata-mata.

Puak-puak ini buat sesuatu perkara termasuk berdemo semalam tak fikir panjang. Dibuatnya tiba-tiba kerajaan Mesir halang kapal terbang Malaysia atau kapal-kapal TLDM landing kat Mesir tak ke susah. Yang susahnya puak-puak pro-Pas jugak dan anak-anak mereka yang berkepok kat Mesir tu. Akhirnya kalau berlaku macam tu, kerajaan juga disalahkan. Bayangkan kau nak pergi rumah orang, tapi pada masa yang sama kau marah-marah pulak kat tuan punya rumah tu. Kalau tetiba tuan rumah tak kasi masuk, macam mana?

Begitulah dangkalnya puak-puak yang berdemo depan Kedutaan AS di KL semalam (ops! kenapa depan Keduataan AS dan bukannya kedutaan Mesir? Bangang!) Agaknya Hosni Mubarak tu dengarlah suara-suara desakan orang Pas kat Malaysia ni? Weih... dahlaa orang Tenang pun tak nak dengar suara puak-puak Pas, apa lagi Hosni Mubarak!

Bukankah lebih baik puak-puak ini membantu memindahkankan rakyat Malaysia dari bumi Mesir ke luar daripada berdemo buat habis beras sahaja. Atau kalau berani sangat, nun pergi bantu rakyat Palestin berperang dengan Israel. Kalau mati pun mati syahid apa.

Share this

5 Responses to "Demo yang menghabiskan beras...!"

  1. Sdra..pindah pelajar kena duit..buat demo guna badan ngan suara jer..itulah tanda perjuangan yang cerdik..

    ReplyDelete
  2. PAS ni terlampaulah bodohnya.
    Sepatutnya PAS menghantar delegasinya ke Mesir dan sama2 membantu membawa pulang pelajar2nya yg terdiri dpd ahli2 PAS. Ini tidak, mereka lepas tangan aje. Sanggup lagi cuba mensabotaj usaha murni Kerajaan BN utk membawa balik pelajar2 PAS ke Malaysia. Memburuk2kan keadaan dgn memfitnah bahawa pelajar2 PAS itu akan dihantar ke Jeddah aje, kemudian kena pulang ke Malaysia dgn wang sendiri. Kerajaan BN mesti menangkap si Durjana yg menghantar SMS palsu itu dan kenakan tindakan yg sewajarnya.
    PAS ni memang pandai mengambil kesempatan utk mempolitikkan sebarang situasi. Tengoklah contohnya di PRK Tenang, sampai jenazah mayat orang Islam pun dipolitikkan utk cuba memburuk2kan
    UMNO. Akhirnya tindakan PAS itu memakan diri kerana orang2 Islam menolak terus PAS kecualilah sebahagian kecil orang Melayu yg jahil dan terdiri dpd ahli PAS yg totok dan bebal dan orang2 Cina yg mengikut arahan DAP.
    PAS ini harap janganlah menonjolkan sangat sikap buruknya. PRU13 dah hampir. Apa persepsi rakyat. Macam mana nak menang PRU13 nanti.
    Kecuali jika Melayu mudah lupa ....

    ReplyDelete
  3. CCZ... Pas memang cerdik dari dulu lagi. Orang lain semua bodoh, mereka saja cerdik. Orang lain semua kafir, mereka saja Islam, orang lain semua rasuah, mereka saja suci, orang lain semua zalim, mereka saja adil, orang tak betul, mereka saja betul.... Hebat orang Pas!

    ReplyDelete
  4. Hujah anda sanggat bernas... saya sokong 100%. Nak masuk rumah orang, tapi marah kat tuan rumah pulak. Nak komplin kat orang A tapi pergi sampaikan kat orang B.. adui.. yai...

    ReplyDelete
  5. pengikut2 PAs buta.....yg diorg nampak PAS itu ISlam..PAs aje yg perjuangkan islam.yg lain kafir,,,AKu rasa pengikut2 PAs ni terlalu taksub dgn pemimpin dia...sampai pemimpin diorg buat salah pun diorg cakap betul,,yg salah jadi betul...pening2
    ANGGUK2....GELENG2....aje lah pengikut PAS semua...
    p/s boleh nyayi lagu Ahli Fikir.,,,,ISssHH..,,,,,

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.