14 February 2011

Happy Valentine Anwar Ibrahim!

Happy Valentine... Kalau itulah yang boleh diucapkan oleh Anwar Ibrahim sempena Hari Kekasih, sudah tentu dia mahu meluahkan kata-kata paling manis untuk para kekasihnya sejak dahulu sehingga kini. Tapi sayang, 14 Februari tahun ini, dia terpaksa ke mahkamah kerana perbicaraan kes liwat keduanya bersambung lagi.

Namun ramai yang menanti 14 Februari 2011 kerana mereka mahu melihat wayang apa lagi yang akan dimainkan Anwar dan barisan peguamnya untuk menangguhkan perbicaraan tersebut buat kesekian kalinya. Drama apa yang akan diputar dan tertangguh lagikah perbicaraan kes tersebut? Ramai yang menanti penuh emosi...

Maklum perbicaraan kes liwat Anwar terhadap Saiful Bukhari  sudah tertangguh sekian lama dan aku kira ini sudah masuk tahun ketiga tetapi perbicaraan kes tersebut masih belum ke mana-mana. Sehingga kini hanya Saiful dan pakar dari HKL dipanggil sebagai saksi dan sejak itu mahkamah asyik menangguhkan perbicaraan kerana pihak Anwar menggunakan pelbagai dalih untuk melambat-lambatkan perbicaraan tersebut.

Ramai yang menganggap penangguhan perbicaraan tersebut sengaja dilakukan oleh pihak Anwar dan kalau perlu sehingga PRU-13 dan ketika itu dia membayangkan pakatan haram zadah akan menang dan dia akan diangkat sebagai PM Malaysia. Apabila mempunyai kuasa, dia boleh menggugurkan kes tersebut dan habislah cerita pasal liwatnya terhadap Saiful.

Ada juga menyatakan Anwar tak sanggup lagi mendengar perakuan para saksi yang dipanggil pihak pendakwaraya kerana segalanya akan terdedah satu persatu dan sekali gus mendedahkan fiil buruknya kepada rakyat. Anwar tidak sanggup dia diadili oleh rakyat seperti mana rakyat Mesir mengadili Presidennya. Biarlah mahkamah mengadilinya kerana senang benar dia membuat pusingan menghentam sistem kehakiman kita. Tetapi kalau rakyat yang menjadi hakim, maka punahlah harapannya untuk menang PRU-13 dan menjadi PM.

Tapi apa yang pasti Anwar mempunyai alasan untuk menangguhkan perbicaraannya hari ini memandangkan peguamnya, Karpal Singh juga mempunyai "tugas lain" iaitu selaku peguam pemerhati dalam kes Teoh Beng Hock, di mana hari ini Suruhanjaya Siasatan akan memulakan prosidingnya. Jadi Karpal harus memilih sama ada menghadiri perbicaraan kes Anwar atau Beng Hock.

Senang cerita, Karpal akan hadiri prosiding Beng Hock dan peguam Anwar yang berderet itu akan meminta penangguhan. Maka tertangguh lagi kes Anwar dan Anwar boleh senyum melerek sambil melirik mata kepada kamera TV CNN. Lega...!

Apakah senario itu akan berlaku? Tunggu pagi nanti...! Semoga Anwar tidur lena malam ini dan menikmati malam Hari Kekasih dengan kebahagiaan di sisi Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang menemani tidurnya.

Share this

2 Responses to "Happy Valentine Anwar Ibrahim!"

  1. Jangan diucapkan Happy Valentine pada Anwar Ibrahim.

    Kalau dia teruja, kan tak pasal-pasal bontot kau pulak jadi habuannya.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.