24 February 2011

Huk aloh Pas... Tak de calon lain ke?

Huk aloh Pas weih... Tak ada calon lain ke nak letak di Kerdau? Takkan letak calon yang dah kena reject dik pengundi Kerdau kau pertaruhkan. Kalau setakat bertanding untuk kalah, baik tak payah bertanding. Buang karen jeh. Bukan apa, takut kali ini hilang wang pertaruhan pulak!

Hasanuddin Salim, Ketua Penerangan Pas Pahang dah kena reject dik pengundi Kerdau pada PRU-12 lepas. Masa tu cuma 2,520 je yang undi Hasanuddin. Tu pun sebab ada orang UMNO duk pangkah Pas sebab marahkan PM masa tu. Kalau tidak tak adalah sampai 2,000 undi punya.

Dan kali ini ketika UMNO letakkan seorang ustaz lulusan Al-Azhar, manalah daya Ustaz Hasanuddin nak lawan "Ustaz Ibra" ni. Kurang-kurang letaklah calon yang setanding kelulusan dengan calon BN macam Hasanudin Tantawi (khabarnya hebat sangat!) ke barulah fight sikit dan nampak gentlemannya. Bukan letak calon yang dah rebah macam Ustaz Hasanuddin tu.

Pas.. Pas... Orang nak berpolitik kau nak berpolitik. Orang nak bertanding kau nak bertanding. Orang bertanding nak menang tapi kau bertanding nak kalah! Dah kalah nanti salahkan SPR, pengundi hantu, kerajaan yang guna semua agensinya bla bla bla... bla bla bla..!  Cisss.....

Sementara itu di MERLIMAU pula, Pas mempertauhkan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yuhaizad Abdullah untuk dipancung oleh para pengundi Merlimau. Aku difahamkan nama Yuhaizad akan disenaraikan dalam senarai calon-calon Pas yang tewas di gelanggang PRK sejak 2008 lalu, selepas 6 Mac ini.

Share this

0 Comment to "Huk aloh Pas... Tak de calon lain ke?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.