25 February 2011

Jom balik semula ke Mesir... Hehe!

Siapa yang nak balik semula ke Mesir untuk sambung pelajaran mereka, boleh balik mulai 12 Mac. Itu pesan Kementerian Pengajian Tinggi. Siapa nak balik boleh jumpa Menteri Besar negeri masing-masing sebab tiket penerbangan balik ke Mesir akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Pelajar Mara pula boleh berhubung dengan pejabat Mara untuk dapatkan tiket penerbangan.

Hehe.. Tetiba aku dah jadi penyelaras pula!

Aku sertakan jadual pengajian universiti di Mesir kat bawah. Kalau tak tepat jangan salahkan aku, UMNO atau kerajaan BN. Ini aku dapat dari Kementerian Pengajian Tinggi.

UNIVERSITI KAHERAH
- Program Perubatan (pra-klinikal dan klinikal) - 12 Mac

UNIVERSITI AL-AZHAR
- Program Pergigian pra-dental - 12 Mac
- Program Perubatan (semua peringkat) - 15 Mac
- Program Pengajian Islam - 8 April

UNIVERSITI ISKANDARIAH
- Program Farmasi - 17 Mac
- Program Perubatan (pra-klinikal) - 19 Mac
- Program Perubatan (klinikal) - 26 Mac
- Program Pergigian - 2 April

UNIVERSITI MANSURAH
- Program Perubatan (klinikal) - 15 Mac
- Program Perubatan (pr-klinikal) - 19 Mac
- Program Pergigian dan Farmasi - 19 Mac

UNIVERSITI TANTA, ZAGAZIG & AIN SHAMS
- Semua program dan peringkat - 15 Mac

* Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Share this

0 Comment to "Jom balik semula ke Mesir... Hehe!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.