03 February 2011

Kerajaan zalim dan pemusnah negara 52 tahun bantu keluarkan pelajar pro-pembangkang di Mesir!

Kalaulah kerajaan zalim seperti didakwa puak-puak pembangkang yang konon dah 52 tahun menzalimi zakyat Malaysia, aku percaya kerajaan tak akan hantar bantuan sebegitu besar dan hebat untuk menyelamatkan para pelajar kita yang tersepit dalam konflik di Mesir. Buat apa kerajaan berhabis duit dengan menghantar kapal terbang MAS, AirAsia, TUDM bahkan kapal laut TLDM sedangkan kita semua tahu sebahagian besar pelajar di Mesir adalah puak-puak penyokong tegar pembangkang dan anak-anak orang Pas.

Kita semua tahu Mesir terutama pelajar aliran agama baik di Kaherah atau Iskandariah atau lain-lain di bumi Mesir adalah kilang untuk melahirkan pelajar dan pemimpin Pas. Kita semua tahu itu kalau pelajar-pelajar pro-Pas mengatasi pelajar yang menaungi Kelab UMNO Mesir. Kita semua tahu itu dan kerajaan pun amat tahu.

Tapi dalam usaha menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia, kerajaan tidak pernah bertanyakan sama ada mereka penyokong kerajaan atau Pas sebab mereka semua rakyat Malaysia. Tetapi aku nak bertanya apakah mak bapak mereka yang selama ini begitu tegar menghentam kerajaan akan berterima kasih kepada kerajaan dan UMNO kerana telah menyelamatkan anak-anak mereka? Apakah balasan yang mahu diberikan kepada kerajaan?

Jangan kata sebagai kerajaan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu rakyat Malaysia. Betul itu kalau kerajaan yang baik budi seperti kerajaan BN dan UMNO tetapi dengan dilabelkan sebagai kerajaan zalim dan telah memusnahkan negara selama 52 tahun sehingga menggerakkan kempen "Ayuh Berubah, Selamatkan Malaysia!" apakah kerajaan seperti dilabelkan seperti itu akan turut membantu anak-anak yang kita tahu yang selalu mendoakan keburukan ke atas pemimpin UMNO/BN.

Aku tahu betapa bersyukurkan mak bapak anak-anak mereka yang sedang belajar di Mesir sebab kerajaan sedia membantu menyelamatkan anak-anak mereka. Tetapi pada masa yang sama mereka sepatutnya juga bertanya apakah tindakan kerajaan negeri terutama Kelantan dan Kedah untuk membantu anak-anak mereka sedangkan anak-anak mereka inilah yang pulang nanti membawa misi untuk menjatuhkan kerajaan BN, yang bakal berceramah di seluruh pelosok negara menghentam kerajaan zalim dan "tidak Islam" UMNO.

Tapi kerajaan BN dan UMNO tidak zalim. Najib itu tidak sezalim Nik Aziz yang mendoakan keburukan kepada orang UMNO sebaliknya sedia membawa pulang semua rakyat Malaysia di Mesir yang berjumlah 14,000 orang ... sekali lagi 14,000 orang. Bukan sedikit anak. Tanpa mengira parti yang diperjuangkan. Tetapi apakah pelajar-pelajar terutama yang pro-pembangkang dan mak bapak mereka bersyukur mempunyai kerajaan seperti BN dan PM seperti Najib?

Terima kasih? Minta maaflah mereka bukan manusia yang bersyukur. Mereka tidak akan ucap terima kasih kepada kerajaan dan Najib sebaliknya mereka akan kata itu berkat doa Tok Guru...! Kerajaan zalim tetap zalim walaupun dah "selamatkan" anak-anak penentang mereka!

Zalim sungguhhh!!!

Share this

6 Responses to "Kerajaan zalim dan pemusnah negara 52 tahun bantu keluarkan pelajar pro-pembangkang di Mesir!"

  1. Ala bro Mesir tu setakat nak menimba ilmu bukannya bagus sangat.Arab pun berlumba2 nak hantar anak belajar kat Malaysia,rakyat kita yg terhegeh2 nak belajar kat sana.Ko tau tak sebuah universiti tersohor kat sana tu dari tahum 1800an dah dijajah pemikirannya oleh Yahudi,dari kursus,matapelajaran,syilibus dll lagi.Aku tau banyak yg akan marah bila baca benda ni.Tapi alasan Yahudi ni ialah:ni lah Universiti tersohor kebanggaan umat islam sedunia.Kalau U ni dah ditakluk Yahudi secara halus,maka golongan pelajar ni lah yang akan bertaburan serata dunia menyampaikan benda2 sampah ke pelusuk dunia islam.Inilah matlamat Yahudi.Tengoklah Mesir sendiri,keakrabanya dgn Isreal dan USA.Betapa sanggup menutup sempadannya ketika Palestin diasak oleh Yahudi.Mulai hari ni kita ubah pemikiran org melayu kita.Kalau dulu dalam dalam satu keluarga kalau ada anak2 yg pandai2,ibu bapa akan mengutamakan anak yg pandai ni utk ambil jurusan yg hebat2 seperti doktor,engineer,peguam,arkitek sementara yg kurang pandai disuruh mengambil jurusan agama.Kita perlu tukar keadaan ini.Beranikah kita menyuruh anak yg paling pandai ambil/mendalami bidang agama supaya ilmuan islam kita adalah terdiri dari anak2 kita yg hebat2 belaka.Sudah2lah berkiblat negara arab yg tak perform ni.Sedalah Malaysia ni lah yg menjadi kecemburuan bukan saja negara2 arab tapi puak2 Yahudi/Amerika.Jasa sapa?PAS ke?Anuar Berahim ke?Pooodah...kalau bukan TUN yg kita kasihi.Hidup TUN MAhathir

    ReplyDelete
  2. Kerajaan zalim inilah yg membenarkan Pas menghancurkan kesucian Islam.

    Kerana kezaliman kerajaan inilah Pas sekarang tidak beramal dengan ajaran agama islam tetapi mempolitikkan agama.

    p/s: http://penditakainsingkat.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Rasanya dalam ilmu islam ade termasuk sains dan teknologi.. tapi betol lah bro. mungkin dulu ade orang yahudi menyamar jadi ulamak islam dan suruh orang islam belajar agama jer.. supaya boleh masuk syurga. tapi hakikatnya islam ada semuanya. sains dan teknologi bukan pelajaran sekular seperti ade puak sebelah sana cakap. dan sekarang tak nampak ade ilmuan islam yang agung hebat dalam teknologi dan sains.. ade yg tak kena nih.....

    ReplyDelete
  4. Setujuu...!! Orang Islamlah yang mengasaskan ilmu-ilmu sains, astronomi, perubatan, arkitek dll. Tetapi semuanya sudah dilenyapkan oleh orang Barat dan puak-puak Yahudi. Akhirnya dunia lebih mengenali Albert Ernstein daripada Ibnu Khaldum, Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina. Siapa salah?

    ReplyDelete
  5. WAKTU AMAN... KERAJAAN ZALIM LA, DOA LAKNAT LA..SOLAT DUA IMAM LA..TIDAK ADIL LA...JIHAD LA...DEMO LA...BARING ATAS JALAN LA...SELAMATKAN MALAYSIA LA...
    WAKTU SUSAH...KITAKAN RAKYAT MALAYSIA...TANGGUNGJAWAB KERAJAAN UTK TOLONG...KITAKAN SAUDARA SEAGAMA...TOLONG CEPAT, KAMI NAK BALIK...
    BUKANKAH MEREKA SUKA BERDEMO DAN MENYUSAHKAN ORG LAIN? MENGAPA HENDAK BALIK?
    MENGAPA SKRG BARU INGAT SAUDARA SEAGAMA?
    TAK TAKUT KE MINTA TOLONG PADA KERAJAAN YG DIKATAKAN ZALIM?
    MENGAPA HENDAK BALIK KE MALAYSIA YG DIKATAKAN TAK SELAMAT INI?
    ITULA...BILA ADA PERASAAN TAKBUR DAN UJUB DI HATI ANDA, ANDA TIDAK AKAN BERSYUKUR...DAN APABILA TIDAK TAHU ERTI SYUKUR, ALLAH TUNJUKKAN AKIBATNYA..OLEH ITU, BERSYUKURLAH BYK2 DGN KEAMANAN NEGARA KITA INI...SEKIAN

    ReplyDelete
  6. ya betul tuh..one nation one love...setakat istihar saja negara ISLAM tapi tak jadikan ISLAM sebagai panduan hidup untuk dinikmati dan didalami rakyat takde faedahnya..Tak guna setakat nak heboh satu dunia yang kita ni negara ISLAM kalo yang tukang heboh sendiri hina n tak yakin langsung dengan undang-undang yang ALLAH dah tetapkan dari sekecil-kecil kesalahan sehingga sebesarnya kesalahan. Siapa yang berhak ke atas setiap manusia dia atas muka bumi ni dan siapa pula yang menciptakan manusia??

    Tak ikut YAHUDI ke kalau amalkan undang-undang yahudi?? Kan ke kawan baik malah akrab dengan yahudi juga tu...Kalau PAS dan memang tak boleh harap kenapa UMNO tak cuba untuk tegakkan ISLAM dengan sebenar-benarnya. Setakat tegakkan jambul atas kepala tak payah la nak mengaku kita dah cukup ISLAM. Tengok saja sekeliling betapa jauh hanyutnya remaja dan anak muda ISLAM.

    Penditakainsingkat...politik adalah sebahagian dari amalan agama malah ISLAM sendiri telah menggariskannya sejak zaman Rasullullah lagi. Tak boleh pisahkan politik dan agama. Kalau orang yang pisahkan politik dan agama bermakna org tuh liberal dan suku sakat yahudi. Sebabnya yahudi saja yang pisahkan politik dan agama sebab yahudi taknakkan kebenaran agama ISLAM terserlah dan mengepalai politik.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.