02 February 2011

Kisah benar...! Anak seorang rakan diganggu jembalang?



Rakaman video ini diberikan oleh seorang rakan aku yang duduk Segamat, Cikgu Zali. Dia bercerita pasal dia sekeluarga tak selesa tinggal di banglo yang baru didiaminya di sana sebab sering saja ada peristiwa pelik. Agaknya tapak rumahnya itu tak sesuai aku pun tak tahu.

Perihal video ini, ini dibuat secara tidak sengaja ketika anak bongsunya (aku lupa nama) menangis dan isterinya, Ayin sedang menenangkan anaknya itu. Rakaman ini dibuat beberapa tahun lalu ketika dia baru mendiami rumah itu beberapa bulan. Dah hampir setahun aku simpan dalam handphone, baru sekarang aku letak di sini.

Sekali imbas tiada apa-apa berlaku tetapi perhatikan dua mata menyilau di sebelah dan kemudian ada kibasan seperti kain putih di belakang. Orang kata itu jembalang tapi aku pun tak tahu. Nak percaya, tak nak percaya tapi itulah yang dapat dilihat.

Korang nilailah sendiri...!

Share this

0 Comment to "Kisah benar...! Anak seorang rakan diganggu jembalang?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.