Oh Masturah hilang lagi?

Ini pelakon drama, Akma Hisham....Tak ada kaitan dengan Masturah!
Masturah oh Masturah... Ke mana kau menghilang? Apakah kau diculik lagi buat kali kedua? Oh tidak... Tiada laporan polis oleh rakan kau dan si ibu juga berdiam diri. Tiada sidang media untuk memaklumkan kehilangan kau, Masturah. Tapi hilang Masturah kali ini kerana sedang dicari oleh pejabat HEP Universiti Malaya.

Masturah, kembalilah ke kampus mu. Mereka cuma mahu mendapatkan kesahihan tentang kehilangan kau selama 30 jam tempoh hari. Mereka mahu tahu apa sebenar berlaku. Takkan kerana itu kau menghilang lagi Masturah. Janganlah berdrama lagi kerana kau sudah menduduki kerusi MPP. Jadi kembalikan ke kampus.

Buat apa takut. Kalau betul diculik waima dik orang bunian sekalipun kau beritahulah kebenarannya kepada HEP. Mereka ingin tahu dan mereka juga mahu penjelasan kenapa ibu mu sanggup masuk kampus dan berceramah bagai nak gila sedangkan ini pilihan raya kampus, bukannya PRU atau PRK. Masturah pulanglah!

Kau tau HEP memberi masa 48 jam untuk kau kembali ke kampus dan memberikan penjelasan duduk perkara sebenar berhubung penculikan kau tempoh hari. Apakah sekarang ini kau disembunyikan lagi? Lalu ke mana kami perlu mencarinya apakah di masjid Teras Jernang lagi atau perlu ke Masjid Rusila?

Masturah oh Masturah! Hebat permainan drama kau....!
Oh Masturah hilang lagi? Oh Masturah hilang lagi? Reviewed by mesin taip buruk on 2/24/2011 10:19:00 PM Rating: 5
Powered by Blogger.