23 February 2011

Masturah oh Masturah!

Masturah... tiba-tiba namamu meletop-letop bak gunung merapi menghemburkan larva. Masturah hilang secara misteri. Satu negara gempar... satu UM gegak-gempita. Bagaimana anak gadis yang juga calon perwakilan pelajar UM ini boleh hilang tanpa berita ketika keluar mahu membeli "top-up" telefon.

Seorang rakan bimbang keselamatan rakannya segera menghubungi polis. Maka polis segera melancarkan usaha menjejaki Masturah namun gagal. Si ibu (baca di sini untuk tahu siapa ibunya!) yang masih bersedih atas kehilangan anaknya  turut segera mengatur langkah mengadakan ceramah di kampus UM. Ceramah supaya mengundi anak kesayangannya itu walaupun dia masih belum ditemui.

Tup-tup masuk hari ketiga menjelang proses pembuangan undi, Masturah ditemui oleh siibu  di sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi yang juga kampung halaman keluarganya. Alhamduillah, Masturah selamat dan tahniah buat si ibu kerana berjaya menjejak Masturah sedangkan polis sendiri gagal menjejakinya. Naluri ibu begitu kuat barang kali.

Selepas ditemui siibu dan si anak membuat sidang media di kampus UM untuk memaklumkan bahawa mereka anak beranak selamat. Maka legalah satu negara. Masturah akhirnya ditermui dan dia juga menang salah satu kerusi perwakilan pelajar. Masturah tersenyum girang, si ibu tersimpul.

Tapi di pihak UM masih belum reda. Kalangan pengurusan UM terutama Naib Canselornya masih terfikir seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan kehilangan gadis ini. Mana mungkin kronologi yang berlaku sejak kehilangan Masturah sehingga dia ditemui semula begitu cantik sekali susun letaknya tetapi penuh dengan lompong yang boleh mencetuskan persoalan demi persoalan.

Apakah ada adegan drama swasta yang sedang shooting di UM dengan plot penceritaan mengisahkan seorang bakal pemimpin pelajar propembangkang diculik. Adakah Masturah adalah pelakon utama drama penculikan itu manakala ibunya sebagai sutradaranya?

Aku dapat tahu pihak UM kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung peristiwa itu bagi tujuan mencari jawapan terhadap kejanggalan-kejanggalan yang wujud sepanjang drama penculikan itu. Dan jika terbukti Masturah sengaja mereka-reka cerita kehilangan dan penculikannya, Masturah bakal berhadapan dengan tindakan dari pihak universitinya.

Masturah Oh Masturah...

Psstt...! David Teoh misti suka olang macam ini. Sekejap ada sekejap tak ada...!

Share this

1 Response to "Masturah oh Masturah!"

  1. Macam macam tindakan yang tidak mempedulikan nama baik Universiti. Namun kesah culik menculik ini terlalu cemar. Seperti memberi gambaran bahawa pesaing dalam pemilihan perwakilan pelajar ada yang layak menjadi pelaksana atau perancang pencolekan. Satu JENAYAH YANG AMAT KEJAM. Pihak yang berhasrat untuk menjaga nama baik Universiti kena bertindak bijak dalam hal ini dan membersihkan nama Universiti dari kecemaran itu. Siasatan Polis bagaimana ??? Jangan ambil mudah. BENIH JENAYAH JANGAN DIBERI PELUANG MENCAMBAH. Kelak kalau ia tumbuh menjadi pokok ..... bayangkqanlah.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.