23 February 2011

Olimpik: Malaysia patut menang 8-0

Malang sungguh skuad Olimpik Malaysia apabila hanya menang 2-0 ke atas Pakistan pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Shah Alam malam ini. Dua jaringan itu dibuat pada separuh masa pertama dan selepas itu skuad Harimau Malaya gagal menambah jaringan biarpun Pakistan hanya bermain 10 orang.

Kalau nak kira bola kena tiang dan palang serta peluang-peluang terbuka yang ada, jika berjaya direalisasikan Malaysia sepatutnya boleh menang sekurang-kurangnya 8-0. Tapi malangnya penyudah yang kurang menjadi oleh anak-anak buah Ong Kim Swee menyebabkan kita hanya berpuas hati dengan dua jaringan tersebut.

Kedua-dua jaringan Malaysia disumbang oleh Wan Zaharulnizam pada minit ketiga dan Mohd Irfan Fazail minit ke-49. Pakistan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ansar Abbas dilayangkan kad merah kerana menendang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi.

Skuad ini perlu dimantapkan terutama dari segi penyudah jika mahu memastikan kita selesa untuk bersaing ke Olimpik London 2012 terutama bagi mengharungi perlawanan kedua di Lahore, 9 Mac ini.

Ayuh anak-anak Harimau Malaya!

Share this

0 Comment to "Olimpik: Malaysia patut menang 8-0"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.