08 February 2011

Ops Piramid memang kerja gila...

GILA! Dalam tempoh lima hari saja semua rakyat Malaysia berjumlah lebih 10,000 dapat dipindahkan dari Mesir. Ini memang kerja gila. Tak pernah dibuat oleh mana-mana negara memindahkan rakyat dan pelajarnya dari mana-mana negara asing yang begitu jauh dalam tempoh begitu singkat. Malaysia memang betul-betul boleh!

Tiada siapa pun boleh menyangkal kejayaan besar kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak menerusi Ops Piramid ini. Aku percaya kalau Barack Obama tahu apa yang dibuat Najib, pastinya dia pun respek gila. Maklum AS sendiri nak pindah rakyat mereka tak adalah sederas itu dan tak adalah sampai begitu besar "operasinya". Lainlah kalau nak hantar tentera serang negara Islam. Malang Ops Piramid tak dapat liputan CNN, BBC atau Al-Jazeera. Kalau tidak satu dunia boleh terkujat beruk.

Bayangkan dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas PM buat keputusan untuk pindah semua pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir melalui laut dan udara, berbondong-bondong kapal TLDM, kapal terbang TUDM bergerak menuju Timur Tengah manakala MAS dan AirAsia buat pertama kalinya "berganding bahu" menghantar pesawat-pesawat komersial terbesar masing-masing untuk mengangkut ribuan pelajar itu.

Dan yang paling menakjubkan ada pulak negara lain yang sudi menerima kehadiran ribuan orang asing transit di negara mereka. Ini hebatnya Malaysia dan inilah hikmahnya bersahabat dengan negara asing. Kalau bukan kerana hubungan erat  antara kedua negara, tak adalah Arab Saudi nak bagi puluhan ribu orang Malaysia transit di negara mereka. Bayangkan lebih 10,000 tanpa sebarang visa, melainkan hanya jaminan dari Najib semata-mata.

Pada masa yang sama, Mesir yang sedang bergolak itupun boleh menerima kehadiran kapal dan kapal terbang tentera Malaysia mendarat di negara mereka sedangkan perkara itu biasanya amat mustahil dapat dilakukan melainkan atas pelawaan negara terbabit. Tetapi itu semua dapat dilakukan dan dalam tempoh beberapa hari, semuanya beres.

Tapi malang dalam keadaan sedemikian ada juga segelintir manusia di muka bumi Malaysia ini yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan sebaliknya mereka lebih suka mahu mempolitikkan semua perkara. Sampaikan nak selamatkan anak-anak mereka sendiripun mereka nak politik. Peliknya bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat tanah air, awal-awal pagi lagi dah menunggu kat airport. Dan bila nampak kelibat anak, mulalah meraung melalak dan berpeluk cium.

Lambat sikit nak buat proses pemindahan dipolitikkan kata kerajaan tak prihatin. Bila kerajaan dah hantar gerakan besar-besaran untuk memindahkan pelajar pun dipolitikkan dan bila anak-anak mereka dah selamat sampai kat Malaysia pun mereka nak politikkan kata tak perlu berterima kasih kerana memang itu tugas mana-mana kerajaan.

Apa-apa pun aku bersama jutaan rakyat Malaysia yang lain (walaupun tak ada anak atau saudara-mara di Mesir) mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri yang terlibat, TUDM, TLDM, Tabung Haji dan semua yang terlibat dalam Ops Piramid ini.

Aku percaya walau menjadi tugas kerajaan menyelamatkan rakyat mereka, tetapi tidak ada negara yang buat kerja gila seperti ini melainkan kerajaan Malaysia! Gila... memang gila!!

Share this

9 Responses to "Ops Piramid memang kerja gila..."

  1. Ape komen Nik aziz plak ek? Mahfus nak menyalak ape plak kali nih...

    ReplyDelete
  2. Camtu perangai depa,tolong tak kena,tak tolong lagi la.......
    Depa hanya layak tauk tan laut bagi jerong makan.Itu pun kalau jerong tu lalu,sebab darah daging depa tu ualt pun tak mau hidu....

    ReplyDelete
  3. senang citer ahli2 PAS sendiri pun xleh nk selamatkan ank2 diaorg, yela sbb dlm otak ahli2 PAS ni dh pnuh ngan daki2 kotor yg susah nk di bersihkan.. dlm hati diaorg mmg x larat nk citer la sbb pnuh ngan najis2 syaitan...

    ReplyDelete
  4. Masa belum mula pindah mereka kata k,jaan lambat bertindak kerana nyawa anak anak muda pelajar kita adalah terlibat; padahal rombongon pemantau telah pun dihantar. Apabila telah diputuskan dan tindakan terus bermula dan berlaku dengan pantas; mereka kata tak kena dan patut hantar duit sahaja.

    Maka sebuah kerajaan negeri dibawah perintah mereka yang ada tak kurang 3,000 pelajar telah menghantar seorang wakil membawa wang tunai RM120,000 ie = <RM40 seorang. Perginya pula dalam masa 1 hari sahaja. Sampai ke tidak usah disoal. Tetapi kira kiranya sesuaikah itu ???

    Ikhlaskah atau politiking semata ???

    ReplyDelete
  5. yeke??2 pun amik msa berapa lama ye??2pun sbb kuar berita,kalo x,jgn harap najib nk hntar laa..n even kalo dia antar pun,2 suma mmg 2gas dia..kalo bukn 2gas dia,korg ingt dia nk bazirkan duit dia yg dia bley buat hub2 disko tu tuk plajar2 kita yg mugkin satu hari nnt bley tentang dia balik??come on laa..

    ReplyDelete
  6. Alo nodame. Ko ingat Malaysia dgn Mesir tu dekat macam Pasir Mas dgn Tak Bai ke? Dan ko ingat Mesir tu sebahagian Malaysia ke? Ko ingat senang ke orang nak bagi lalu masuk negara mereka mcm tu je takde sebab lepas tu kalau dah bawak keluar dr Mesir nak letak mana 10,000 rakyat kita? Nak angkut dr Mesir ke KL terus? Kau tau tak berapa lama perjalanan naik kapal terbang dr KL ke Kaherah? 8 jam sehala tau? Lepas tu ko ingat kapal terbang tu pakai air ke? Fikirlah pakai otak sikit, jangan duk fikir pakai tempurung lutut mcm tok-tok guru ko tu!!!
    Kalau Nik Aziz jadi PM agak2 dia buat ke macam Najib buat? Potong jari kelingking, aku kata dia tak akan buat mcm tu...!

    ReplyDelete
  7. Salam bro!
    haha, memang kerja gila pun.. dengan fleet pesawat sebanyak 4 bijik pun TUDM sanggup gak jalankan misi walaupun berisiko sbb ruang udara antarabangsa..

    ala bro, relak sdh psl si bdk nodame92 nih, spesie bdk pompuan mcm ni mmg ramai.. mdh sgt tpesona dgn nik aziz dan anwar yg mcm dajjal tu.. padanlah ramai yg kena tutuh sbelom mlm pertama nikah.. hahaha..

    depa ingt ni smacam keja sng.. bayangkan, ade pnah sy borak ngn sowg ni ckp kerajaan patut sewa smua 747 milik MAS!!
    ade ke patut, nak sewa mmg senang tapi MAS sanggup ke bagi semua??..
    banyak la commercial flight depa kene cancel sampai bole bangkrup.. haha

    ReplyDelete
  8. hehe.. Aku tatau pun nodame to pompuan. Tak cek pun. Aku mmg rileks tp kalau benda2 baik mcm ni pun diorang nak politikkan mulalah hilang sabar. Pemimpin mrk jgn kata nak tolong selamatkan anak2 pengikutnya kat Mesir, org kampung kena banjir pun tak jenguk batang hidung. Apa lagi nak campak beras ke barang sekilo. Walhal mereka tu pengundi mereka. Kalau masuk arah ke dia bukan main laju jeh.....

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.