05 February 2011

Pas takut student mereka di Mesir berpaling tadah!

Pas akan guna apa cara untuk mempolitikkan usaha kerajaan membawa balik semua pelajar Malaysia di Mesir yang kini sedang bergolak, ke tanah air. Macam-macam cerita dicanang untuk merendah-rendahkan usaha kerajaan termasuk dakwa kerajaan lambat bertindak, kerajaan pilih bulu selamatkan pelajar, kerajaan tetap kenakan bayaran tambang dan macam-macam lagi.

Kenapa agaknya Pas terus mempolitikkan usaha menyelamatkan pelajar-pelajar di Mesir ini? Sebabnya Pas takut pelajar-pelajar terbabit yang terhutang budi kepada kerajaan (walaupun tak diminta) kerana menyelamatkan mereka walaupun sebelum ini mereka lantang menghentam, memaki-hamun, mengkafir dan memfitnah kerajaan. Lalu kerana tersentuh hati atas pekerti kerajaan dan pemimpin UMNO khususnya Najib Tun Razak, maka mereka beramai-ramai pakat berpaling tadah menyokong UMNO.

Tambahan pula mereka merasakan parti dan pemimpin yang mereka sanjung dan julang tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka. Malah tak ada pun nak buat sembahyang hajat beramai-ramai seperti mana mereka lakukan ketika pelantikan SUK Selangor dan lain-lain isu. Tiada...

Menyedari kemungkinan itu berlaku, lalu Pas mengasak kerajaan dengan mempolitik apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kerajaan dengan harapan agar jiwa para pelajar terbabit kembali ke pangkuan Pas. Maklum sudah sedia maklum sebahagian besar pelajar Malaysia di Mesir terutama mereka yang belajar dalam aliran agama, adalah penyokong tegar Pas atau setidak-tidaknya mak bapak mereka pejuang Pas tegar.

Jadi, apabila para pelajar ini berpaling tadah kepada UMNO, maka Pas akan kehilangan undi dari kalangan pelajar dari Mesir dan mereka juga kehilangan bakal-bakal pemimpin yang selama ini pelajar di Mesir merupakan kilang utama melahirkan pemimpin mereka.

Tiadakah fatwa dari Tok Guru mereka untuk menyatakan HARAM bagi para pelajar terbabit menerima bantuan kerajaan yang kafir, jahiliah dan zalim? Dah tentu tak ada...!!

PARA PELAJAR KITA DI MESIR...



Wajah-wajah sayu, hiba, lapar, letih, takut, bimbang... semua ada dalam benak fikiran para pelajar ini. Dalam keadaan sedemikian sudah pasti mereka mengharapkan kehadiran mak ayah mereka di sisi. Atau paling tidak mereka berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka di bumi yang bergolak ini. Mana mak... mana ayah...??

MAK BAPAK MEREKA KAT MALAYSIA...



Langsung tak membantu! Mereka lebih pentingkan nasib rakyat Mesir daripada nasib anak-anak mereka sendiri. Bagi mak bapak dan pemimpin mereka, usaha menyelamatkan rakyat Mesir lebih penting daripada menyelamatkan anak-anak sendiri yang kini hidup dalam ketakutan di Mesir.

* Foto-foto dari Medan Info Kita dan Rajahmas. Terima kasih!

Share this

1 Response to "Pas takut student mereka di Mesir berpaling tadah!"

  1. Kalau pengikut pakhatan mungkin mudah berubah tapi kalau pegikut paspispus payah sikit... pernah terjadi ditempat saya: masa ada edaran bantuan banjir dia sapu, jamuan raya dia datang.. tapi masa pangkah dia tetap pangkah hijau/putih

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.