13 February 2011

Pilihan raya kecil lagi... yang ke berapa ye?

Pilihan raya kecil lagi. Belum pun reda dengan PRK Tenang manakala Merlimau pula belum lagi diadakan, akan berlaku lagi PRK kecil. Kali di di Kerdau, Pahang. Jangan tanya aku ini PRK kali ke berapa sejak PRU-12 lepas sebab dah tak cukup jari tangan dah nak kira.

Tapi semua pihak kena terima qada' dan qadar. Mereka bukan sengaja mahu mengosongkan kerusi masing-masing tetapi Allah telah menjemput mereka. Lainlah dua PRK di Pulau Pinang yang diadakan semata-mata nak ganti wakil rakyat PKR. Salah satunya kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sengaja dikosongkan oleh Wan Azizah semata-mata nak bagi peluang lakinya bertanding dan jadi Ahli Parlimen, ketika seluruh negara kecoh perihal kes liwat keduanya.

Setakat ini hanya 2 negeri yang belum mengadakan sebarang PRK sejak PRU-12 iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan. Melaka 6 Mac ini manakala Pahang bakal menyusul. Kalau ada PRK di tiga negeri yang berbaki itu, aku ingat eloklah Najib buat pilihan raya umum langsung. Lagipun jarak PRU-13 pun tak lama dah. Paling lama pun setahun.

Perihal Allahyarham Datuk Zaharudin sebenarnya sudah lama beliau keluar masuk hospital akibat serangan jantung dan pernah dalam keadaan kritikal selama dua bulan. Tapi Alhamdulillah, akhirnya dia kembali sihat. Sejak keluar hospital, Zaharuddin sempat berkahwin baru selepas raya tahun lepas. Isteri barunya Rozlifah Ahmad yang berumur 33 tahun.

Dan malam tadi ketika aku tengah asyik tengok bola MU duk lanyak Mancity (catatan: MU menang 2-1 hasil jaringan akrobatik Wayne Roonie), tetiba masuk SMS yang menyatakan kematian beliau. Innalillah...

Takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Zaharudin Abu Kasim. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Aminnn....!

Share this

0 Comment to "Pilihan raya kecil lagi... yang ke berapa ye?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.