21 February 2011

Presiden NUJ nak buat surat khabar sendiri? Sokonggggg!!!!

Presiden NUJ nak buat surat khabar sendiri yang katakan bebas dari anasir politik dan profesional. Bagus aku salut dengan kau Hatta dan aku nak tengok apakah Utusan Rakyat mampu menyaingi Utusan Malaysia, Utusan Sarawak atau waima Bacaria sekali pun. Aku nak tengok ke mana haluan Utusan Rakyat nak dibawa.

Sebab setahu aku sejarah terbitnya surat khabar ialah sebagai medium propaganda tak kiralah propaganda untuk apa. Utusan ditubuh sebagai propaganda untuk menentang Malayan Union dengan mengajak orang Melayu berjuang. Mereka guna surat khabar (bertulisan Jawi) sebab orang Putih bodoh, tak tahu jawi. Begitu sejarah-sejarah bangsa dan negara lain, juga menggunakan surat khabar untuk tujuan propaganda.

Ketika zaman Mesopotamia atau Constatinaples mereka tak ada surat khabar tetapi mereka gunakan batu-batan dalam gua untuk sampaikan propaganda mereka. Barat dan Yahudi guna pelbagai saluan media yang mereka kuasai untuk sebarkan propaganda mereka. Tengoklah CNN, duk sokong apa sahaja puak-puak Israel buat ke atas rakyat Palestin.

Lalu aku nak tanya Hatta, apakah Utusan Rakyat nanti benar-benar sebagai akhbar propaganda rakyat? Lalu kalau propaganda rakyat kepada siapa propaganda itu nak ditujukan. Kepada rakyat sendiri atau kepada pemerintah. Lalu pemerintah mana pula nak ditujukan, apakah pemerintah Pusat atau kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah?

Malaysiakini dan Malaysian Insider juga dulu berbangga bahawa merekalah media alternatif yang bebas dan profesional akhirnya terang-terang menjadi media propaganda bagi pakatan haram zadah. Betul mereka membuat laporan di kedua-dua belah pihak tetapi laporan di sebelah sini bertujuan membuka peluang orang ramai "menghentam" mereka habis-habisan. Manakala di sebelah sana diberi puji-pujia. Profesional? Piiiraaah....

Aku cakap mana ada media dalam dunia ini yang benar-benar bebas dari pengaruh politik.Tak ada... Siapa yang membiayai mereka, itulah mereka sanjung. Kalau sudah dibiayai UMNO takkanlah Utusan nak menghentam UMNO? Tidak mungkin. Begitu juga dengan Utusan Rakyat, kalau ia sudah dibiayai oleh PKR atau Nurul Izzah, apakah Utusan Rakyat juga akan menghentam "majikan sendiri"? Oh... aku rasa oleh lain tak sanggup, tapi Hatta mungkin.

Tapi kalau sudah mempunyai pendapatan lima angka, apakah dia masih sanggup untuk menggigit tuannya sendiri yang menyuapkan nasi ke mulutnya? Aku rasa tak mungkin. Sekarang pun kalau Utusan bagi gaji 5 angka kepada Hatta, dia juga tidak akan protes seperti sekarang.

Akhir kata, aku memang menantikan kemunculan akhbar Utusan Rakyat. Nak tengok sejauh mana keupayaan Hatta Wahari menerbitkan akhbar yang bebas dan profesional!

Passttt...!! Kata benci Utusan tapi kenapa nak pakai nama Utusan jugak? Benci tapi rindulah tuuu!! Satu lagi, dalam tanah Hatta ni ada emas ke sampai boleh jual RM1.2 juta? Kata tanah ternak lembu je!

Share this

1 Response to "Presiden NUJ nak buat surat khabar sendiri? Sokonggggg!!!!"

  1. dia jual taik lembu sekali tu ... ntah-ntah dgn mak bapak dia sekali jual .... timbang kilo.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.