23 February 2011

Roslan Ahmad calon BN di Merlimau

Roslan Datuk Ahmad, anak bekas ADUN Sungai Rambai Datuk Ahmad Ithnin diumumkan sebagai  calon BN bagi PRK Merlimau. Pengumuman dibuat oleh TPM, Muhyiddin Yassin di pekan Merlimau sekejap tadi. Roslan merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings.

Ali Rustam awal-awal lagi bagitahu semalam, jangan ada sesiapa yang kecewa atau berkecil hati kalau mereka tidak dicalonkan. Ali Rustam macam tahu-tahu saja... Tak apalah, mungkin kali ini rezeki Roslan. Siapa tahun pada PRU-13 nanti nama-nama tersebut dicalonkan semula dan dipilih, siapa tahu!

Semoga pemilihan Roslan, 44 tahun yang juga AJK UMNO Bahagian Jasin dan anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Abu Zahar Ithnin ini dapat memenuhi kehendak para pengundi di DUN Merlimau. Tahniah bro!

Share this

0 Comment to "Roslan Ahmad calon BN di Merlimau"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.