07 February 2011

Sah! Safee ke Pelita Jaya... kelab tercorot ISL

Safee Sali sah berhijrah ke Indonesia tetapi dia memilih kelab Pelita Jaya, Jawa Barat sekali gus menafikan dakwaan dia bakal menyarung jersi Persib Bandung. Aku difahamkan nama Pelita Jaya begitu besar dalam Liga Super Indonesia (ISL) tetapi  prestasi pasukan itu musim ini begitu merosot.

Khidmat Safee diharapkan dapat menaikkan semula kedudukan Pelita Jaya yang kini menduduki tangga tercorot liga (tangga ke-15) pada ISL 2010/2011. Daripada 13 perlawanan setakat ini, pasukan itu menang tiga kali, seri sekali dan kalah sebanyak sembilan kali. Kekalahan terbesar ialah di tangan Persipura 0-5, pasukan pendahulu liga.

Utusan Online melaporkan Safee menandatangani kontrak selama setahun dengan kelab tersebut. Perlawanan persahabatan dengan Hong Kong bersama skuad kebangsaan dan menentang Kuala Lumpur bersama Selangor adalah aksi terakhir Safee di tanah air.

Awal tahun ini, Pelita Jaya mengesahkan untuk memancing Safee, penjaring terbanyak Piala AFF 2010 dengan 5 gol. Laporannya di sini!. Selain Pelita Jaya, Safee juga cuba dipancing oleh Persib Bandung dan PSPS Pekanbaru.

Pada masa kini Pelita Jaya mempunyai empat pemain import iaitu dua pemain dari Jepun - Yuichi Shibakoya dan Tomoyuki Sakai; Walter Brizuela (Argentina) dan  Dramane Coulibaly dari Mali.

Jadi sahlah Safee akan berhijrah dari pasukan Juara Liga Super Malaysia ke pasukan tercorot Liga Super Indonesia. Bab ini aku tak berani komen. Mungkin tawaran Pelita Jaya begitu tinggi sehingga tidak boleh ditolak oleh Safee. Maklum di sana gaji pemain semuanya dalam juta dan miliar............. Rupiah!

Apa-apa pun selamat maju jaya kepada Safee Sali. Jaga nama baik Malaysia sepanjang berada di Indonesia baik di dalam padang, di luar padang dan juga di luar stadium.

Share this

2 Responses to "Sah! Safee ke Pelita Jaya... kelab tercorot ISL"

  1. Beb,

    It is learnt that Pelita Jaya paid a record RM2.5 million to buy out Safee's contract with Selangor which was until November. However, officials from both parties declined to disclose the fee.

    Read more: Football: Striker's deal was kept under wraps http://www.nst.com.my/nst/articles/1rf1w/Article/#ixzz1DKG8jWZo

    ReplyDelete
  2. Tq, aku memang sokong penghijrahan Safee ke Indonesia. Tak kiralah kelab mana sekali pun. Cuma aku cuba banding pasukan Selangor yang diwakili sekarang dengan Pelita Jaya (kawan aku kata team Pelita Nasi Kandar hahaha). Alasan Safee pilih Pelita Jaya munasabah dan memang masuk akal. Lagi pun berdasarkan info aku terima Pelita Jaya antara pasukan paling kukuh segi kewangan.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.