09 February 2011

Tahniah! Harimau Malaya menang lagi...

Tahniah kepada skuad bimbingan Rajagobal yang telah berjaya menundukkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Kemenangan itu sekali gus membalas dendam kekalahan pasukan negara kepada Hong Kong pada 2004 di mana kita kecundang 1-3 ketika itu.

Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad Harimau Malaya selepas menjuarai Piala AFF Suzuki di Jakarta baru-baru ini. Tahniah kepada Safiq Rahim dan Amirul Hadi kerana menjaringkan kedua-dua gol kemenangan itu.

Bagaimana pun skuad negara perlu mengadakan lebih banyak perlawanan persahabatan antarabangsa terutama dengan pasukan yang lebih tinggi ranking FIFA jika mahu melonjak kedudukan ranking dunia yang kini berada di tangga 140 walaupun selepas muncul juara Piala AFF.

Cuma yang jadi persoalan, adakah pasukan antarabangsa yang lebih tinggi ranking mahu bermain dengan skuad negara? Melainkan team yang hampir sama ranking seperti Hong Kong (kini di kedudukan 143 dunia) atau yang lebih rendah. Nak lawan dengan skuad elit macam Jepun, China atau Korea Selatan, kenalah tunggu ada pertandingan.



Apa pun selamat maju jaya...!

Share this

0 Comment to "Tahniah! Harimau Malaya menang lagi..."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.