11 February 2011

Updated! Hosni Mubarak enggan berundur, serah kuasa kepada Omar!!

TERBARU: Hosni Mubarak sudah letak jawatan. Pengumuman dibuat oleh Timbalan Presiden, Omar Suleiman pukul 12 tengah malam.

POS SEBELUMNYA:
6.10 AM: Hosni Mubarak enggan melepaskan jawatan tetapi menyerahkan kuasanya kepada Timbalan Presiden, Omar Suleiman. Teka-teki terjawab cuma ramai yang ragu-ragu dengan pelan tersebut sama ada mampu menyelesaikan krisis di Mesir atau tidak. Kini ia bergantung kepada Omar untuk mentadbir negara Mesir, manakala Mubarak bolehlah berehat di istana sambil menikmati tarian gelek!! Haha!

Hosni berkata, dia hanya akan berundur sekiranya Nik Aziz berundur sebagai MB Kelantan sebab usia dia dan Nik Aziz hampir sebaya manakala tempoh menjadi pemerintah pun sama-sama lama. Hosni dah 30 tahun, Nik Aziz pula dah lebih 20 tahun. (Perenggan ini aku tambah sendiri, jangan marah!) 

4.15 AM: Dah pukul 4 lebih. Belum ada khabar Hosni Mubarak akan berucap di TV dan umum peletakan jawatan. Mata aku dah makin nak bercantum. Jadi lebih baik aku pergi tidur. Aku akan update perkembangan di Mesir selepas aku bangun tidur nanti...! Sorry la bro!

Haha... Seorang kawan aku mesej suruh aku tidur saja. Tak payah tunggu perkembangan di Mesir nun, sebab aku tak ada apa-apa kepentingan. Tapi aku kata penting... Ada 10,000 rakyat/pelajar Malaysia terpaksa dihantar balik sebab krisis Mesir. Lebih cepat krisis selesai, lebih cepat mereka boleh balik semula ke sana dan sambung belajar/kerja. Thanks bro! Habis kau tu tak tidor jugak lagi buat apa? Hahaha...

3.45 AM: Aku menahan mata untuk tunggu perkembangan di Mesir...

3.08 AM: Hosni Mubarak dijangka berucap pada pukul 10 malam waktu Mesir bersamaan pukul 4 pagi waktu Malaysia. Adoi... tak larat tunggu! 

2.34 AM: Belum ada tanda Hosni Mubarak akan berucap di TV. Seluruh dunia sedang menanti perkembangan di Mesir. Mata aku makin mengantuk...

POS ASAL:
Berita terkini dari Kaherah, Mesir menyatakan Presiden Hosni Mubarak akan berucap kepada seluruh rakyat Mesir menerusi TV sebentar lagi. Beliau dijangka mengumumkan pengundurannya sebagai pemimpin negara itu.

CNN melaporkan pada masa kini Mubarak sedang mengadakan perbincangan dengan Timbalannya Omar Suleiman di Istana Presiden di Kaherah.

Seluruh dunia kini sedang menanti kemunculan Hosni di TV Mesir dan menantikan detik-detik pengunduran Presiden yang memerintah Mesir sejak 30 tahun lalu.

Live streaming CNN dari TV Mesir di sini!

Share this

0 Comment to "Updated! Hosni Mubarak enggan berundur, serah kuasa kepada Omar!!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.