28 February 2011

Tidak tegas punca Hindraf naik tocang!

Kalaulah KDN lebih tegas... kalaulah menteri jaga keselamatan dalam negeri lebih berani dan kalaukan mereka tidak diberi ruang untuk pertubuhan ini terus hirup udara segar dan tidaklah Hindraf naik tocang seperti sekarang yang sanggup "lawan" dan ingkar arahan polis untuk mengadakan demonstrasi di KLCC semalam.

Jangan kata demonstrasi mereka tak dapat sambutan maka menteri jaga KDN boleh berpuas hati kerana mendapat sambutan atau tidak, Hindraf sudah berjaya membuktikan keupayaannya, terutama dalam menentang kerajaan dan mengingkari arahan polis. Mereka sudah berjaya membuktikan bahawa KDN lemah, kuasa polis juga lemah maka mereka boleh berbuat apa sahaja. Dan kini satu dunia (menerusi laporan media asing) mereka boleh mendabik dada... Lihatlah dunia.. lihatlah kuasa Hindraf!!

Mereka sebenarnya sengaja melawan arahan polis dan apabila polis bertindak ke atas mereka, mereka boleh menunjukkan kepada dunia tentang "kezaliman" polis dan kerajaan Malaysia diketuai UMNO. Lihatlah betapa kejamnya polis Malaysia... menangkap mereka yang tidak berdosa, hanya kerana mereka India. Lihatlah rasisnya kerajaan UMNO kerana menangkap kaum mereka yang menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Inilah sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan tidak kiralah berapa ramai yang menyertai mereka, yang penting mereka sudah berjaya.

Tidak mustahil akan ada negara luar yang akan simpati dengan golongan ini dan mengutuk apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa kita. Dan tidak mustahil para pemimpin mereka akan disanjung dan diangkat sebagai hero oleh kaum-kaum mereka yang ada di negara ini. Itulah yang mereka mahukan dan yang penting, mereka mahu melihat BN tumbang pada PRU-13 nanti.

Alhamdulillah, mujur tindakan polis yang begitu bijak menangani hal ini dapat meredam daripada lebih ramai kaum mereka keluar dan berkumpul, kalau tidak nescaya peristiwa lebih buruk akan berlaku. Tahniah PDRM biarlah ramai mengutuk tindakan menangkap para pendemonstran ini tetapi memang tugas polis memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

Jadi pak menteri, bukan soal berapa ramai yang menyertai demonstrasi mereka tetapi rakyat yang cintakan kedamaian ingin tahu bagaimana Hindraf boleh terus menghirup udara segar dan bagaimana mereka ini masih bercambah dalam masyarakat. Kenapa para pemimpin mereka yang menghasut kaum mereka untuk membenci kaum lain yang jelas-jelas boleh mencetuskan perbalahan kaum dibenarkan bebas sebebasnya.

Akankah terbit lagi amaran demi amaran selepas ini? Sudah-sudahlah dengan amaran. Dah tiba masa untuk bertindak. Jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak ambil tindakan tegas...!

Share this

0 Comment to "Tidak tegas punca Hindraf naik tocang!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.