17 February 2011

Tol NPE dekat Kg. Medan dikurangkan (Updated!)

NOTA PEMBETULAN:
Tol NPE dekat Kg Medan terletak dalam Parlimen PJ Selatan yang wakil rakyatnya ialah Hee Loy Sian dari PKR. Harap maaf!

POS ASAL:
Tol New Pantai Expressway (NPE) dekat Kg Medan, Petaling Jaya dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1 mulai tengah malam ini. Demikian diumumkan Perdana Menteri sekejap tadi.

Terima kasih Datuk Seri...!

Nampaknya Najib ada cara nak "pekenakan" Tony Pua yang bukan main lancang lagi membuat fitnah berhubung pembelian kapal peronda pantai TUDM. Walaupun ramai yang minta kerajaan ambil tindakan ke atas Tony nyata PM ada cara yang lebih halus tetapi amat berkesan untuk "menjatuhkan" Tony pada PRU-13 nanti. Iaitu dengan menurunkan tol di kawasan PJ Utara, kawasan Parlimen Tony.

Sebelum ini langkah serupa dilakukan oleh Najib untuk "mengenakan" Khalid Ibrahim apabila mengumumkan penamatan tol di persilangan Salak Selatan-Taman Connaught atau tepatnya berhampiran Bandar Tun Razak, iaitu kawasan Parlimen yang diwakili Khalid yang juga MB Selangor.

Khalid sebelum itu bukan main lagi menolak pelantikan Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor, sekali gus mempersoalkan pelantikan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, selain beberapa kes lain di negeri itu. Jadi, cara untuk memastikan Khalid tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada PRU-13 nanti ialah dengan menghapuskan tol di kawasan Parlimen tersebut.

Langkah ini sudah pasti mengembirakan para pengundi Bandar Tun Razak dan sudah pastinya pada PRU-13 nanti, mereka akan kembali memberi sokongan kepada BN berbanding Khalid yang tidak pernah berbuat apa-apa untuk membantu pengundi di kawasan tersebut, kecuali bersedekah seekor lembu untuk Hari Raya Korban beberapa tahun lalu. Malahan sejak menang pada 2008, Khalid amat jarang sekali menjenguk pengundinya di sana.

Dan hari ini Najib nampaknya mengambil langkah serupa di PJ Utara. Walaupun tidak menghapuskan sama sekali tol di Kg Medan tersebut, namun pengurangan kepada RM1 berbanding RM1.60 sebelum ini sudah cukup melegakan para penduduk di kawasan berkenaan berbanding jasa Ahli Parlimen mereka sendiri yang lebih sibuk memperjuangkan nasib keluarga Teoh Beng Hock berbanding para pengundinya.

Justeru, aku harap langkah Najib ini tidak terbatas dengan penutupan dan penurunan tol di Bandar Tun Razak dan PJ Utara sahaja tetapi juga melibatkan kawasan-kawasan lain di seluruh negara, demi memastikan sokongan rakyat kembali kepada BN pada PRU-13 nanti.

Share this

0 Comment to "Tol NPE dekat Kg. Medan dikurangkan (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.