22 February 2011

Ustaz Syed Ibrahim calon BN di Kerdau

Tahniah kepada Ustaz Syed Ibrahim kerana dicalonkan untuk bertanding atas kerusi BN pada PRK Kerdau 6 Mac ini. Aku tak kenal Ustaz Syed tapi aku ingat masa dia bahas usul masa Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas. Ucapannya begitu menarik sekali!

Khabarnya Syed Ibrahim merupakan lulusan lulusan Al-Azhar dan diambil oleh MB Pahang, Datuk Nan sebagai pegawai agama di pejabat MB. Itulah sedikit fakta yang aku tahu mengenai calon BN di Kerdau ini.

Kalau Syed Ibrahim yang berbahas masa PAU lepas itulah orangnya, aku yakin BN/UMNO telah membuat pilihan yang tepat dan kerusi DUN Kerdau akan pasti terus berada di tangan BN, bahkan bakal mencipta satu lagi sejarah apabila mampu meraih majoriti lebih besar!

Tiada alasan bagi pengundi di Kerdau untuk menolak Syed Ibrahim kerana selain pekertinya, latar belakang pendidikan dan agamanya, Syed Ibrahim juga sudah banyak membantu arwah Zaharuddin ketika wakil rakyat itu uzur terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan tersebut.

Sekarang kita nak tengok ostat mana yang Pas akan letak di Kerdau atau mereka nak cuba nasib sekali lagi dengan menghulurkan tengkok ostazah untuk "dipancung" oleh para pengundi di Kerdau sepertimana di Tenang.

Ha... ha...!

IMBAS KEPUTUSAN PRU-12 N28 KERDAU:

Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %

1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) -------- 4,135
2. Hassanuddin Salim (Pas) -------- 2,520
Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122

Penyandang: Redzwan Harun (BN)
(Majoriti: 2,565 undi)

Share this

1 Response to "Ustaz Syed Ibrahim calon BN di Kerdau"

  1. salam perjuangan,

    blog yang menarik,isu yang di paparkan membuka minda.mohon untuk link kan blog saya ke blog tuan.
    Semoga dapat meneruskan perjuangan yang sebenar di alam maya.

    tq

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.