20 March 2011

Effendi Norwawi buat "comeback" dan ganti Taib Mahmud?

Apakah Effendi akan buat combeback dan gantikan Taib selepas pilihan raya Sarawak nanti?
Teka-teki pilihan raya negeri Sarawak bakal terjawab apabila DUN negeri itu akan dibubarkan esok. Bermakna dalam tempoh 60 hari, pilihan raya negei akan dilangsungkan. SPR sudah tentu dah ada tarikh untuk laksanakan pilihan raya ini.

Teka-teki kedudukan Taib Mahmud juga bakal terjawab apabila beliau mengesahkan akan berundur selepas pilihan raya Sarawak nanti. Walaupun dia akan tetap bertanding tetapi seperi dijanjikan kepada Najib, beri masa kepada Taib untuk memilih penggantinya. Erk... siapa yang layak ganti Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak?

Bila sebut pasal Ketua Menteri Sarawak, aku teringat ahli politik dan ahli korporat Sarawak yang semakin dilupakan - Effendi Norwawi yang juga suami kepada "Puteri Gunung Ledang", Tiara Jaquelina. Dia adalah pemimpin politik Sarawak yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Taib Mahmud ketika zaman Dr. Mahathir sebagai PM. Tetapi karier politik Affendi di peringkat negeri disekat menyebabkan dia ditarik ke Pusat dan menjadi menteri kabinet.

Tetapi ketika zaman Pak Lah, nama Effendi seolah-olah hilang dan dilupakan. Orang lebih mengenalinya sebagai suami kepada Tiara di samping aktiviti korporatnya sebagai Pengerusi Eksekutif Encorp yang jarang-jarang didengari.  Cuma sejak beberapa minggu lalu nama beliau kembali hangat diperkatakan apabila beliau digosipkan sedang hangat bercinta dengan janda meletop, Maya Karin. Sama ada ia ada kaitan dengan pilihan raya negeri atau tidak aku tidak pasti.

Namun ketika pilihan raya Sarawak bakal dilangsungkan nanti, khabarnya Effendi bakal membuat penampilan semula di kerusi DUN dan sekali gus mengambil alih tampok pemerintahan Ketua Menteri Sarawak yang sekian lama dikuasai oleh Taib. Betul ke? Mungkin ya dan mungkin tidak!

Ramai yang beranggapan Taib tidak akan mudah "melepaskan" kerusi Ketua Menteri kepada orang lain, apatah lagi Effendi. Lagipun Effendi pun sudah masuk 63 tahun.

Sebaliknya ramai yang membayangkan Taib akan menyerahkan kerusi yang diduduki sekian lama kepada salah seorang anaknya, kemungkinan Mahmud Abu Baker. Mahmud  sudah acap kali dipujuk untuk menyertai politik  tetapi ditolak. Namun apakah kali ini Mahmud akan cair dan bertanding di salah satu kerusi DUN, yang kemudiannya akan dilantik sebagai pengganti bapanya?

Hanya orang Sarawak yang tahu politik Sarawak!

Share this

0 Comment to "Effendi Norwawi buat "comeback" dan ganti Taib Mahmud?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.