13 March 2011

Anwar jangan lari! Kami cuma nak DNA....

UPDATE:
Kepada penyokong tegar Nuar Berahi ...m yang tak faham apa itu DNA sila baca kat sini! Jangan duk asyik tanya "kau faham ke apa itu DNA... kau faham ke DNA tu apa?" Anak aku umur 13 tahun pun tahu sebab selalu tengok CSI!

POS ASAL:
Hehehe... nampaknya tak cukup tanah Anwar nak menyorok. Silap-silap kena menyorok dalam tanah macam arwah Saddam Hussin. Tapi Anwar nak menyorok dalam tanah sebab takut DNA diambil orang. Maklum DNA Anwar adalah "paling berharga" dalam dunia setakat ini. Sebab itulah seboleh-bolehnya dia tak nak kasik.

Tapi sampai bila Anwar nak menyorok, sampai bila Anwar nak berdalih dan sampai bila Anwar nak membohongi rakyat. Rakyat akan tertanya-tanya kenapa Anwar susah sangat dan berikan DNA-nya dan sekali gus dapat tutup "kedai" kes liwatnya dengan segera selepas dapat tahu Mr. Y bukannya Anwar. Apa susah sangat? Kenapa takut sangat DNA diambil kalau betul dia tak terlibat liwat Saiful, kalau betul dia difitnah dan hanya konspirasi Najib nak jatuhkan karier politiknya? Kenapa takut? kenapa.... kenapa... kenapa...?

Sebab hanya dengan setitis darah atau air liur atau waima sehelai rambutnya yang ada DNA sudah cukup untuk membuktikan siapa Mr. Y, siapa bapak Afifa sebenar dan kes-kes lama lebih 10 tahun lalu akan dikaitkan juga.Siapa mahu rahsia dirinya terdedah sedangkan dia pemimpin yang diagung-agungkan Pas dan bininya sendiri sebagai pemimpin anugerah tuhan.

Hari ini beberapa siri demonstrasi diadakan di pejabat PKR, R&R Genting Sempah dan khabarnya di Temerloh Pahang turut diadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA beliau untuk dibandingkan dengan DNA Mr. Y yang ada pada bontot Saiful Bukhari. Maaf Pak Sheikh! Jangan marah mereka berdemonstrasi sebab mereka belajar dari Pak Sheikh hal-hal demo ni.

Aku harap semua rakyat bangun dan gerakkan desakan menuntut Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak mahkamah dan buktikan bahawa beliau bukan Mr.Y yang dikaitkan dengan Saiful, bukannya asyik nak cari kesalahan pihak polis dan mahkamah untuk tangguh perbicaraan.

Aku sudah muak, rakyat dah muak, Ayuh! Selamatkan Malaysia, Anwar wajib serah DNA...!

Passtt... Tunggu fatwa baru Nik Aziz pasal DNA!

Share this

0 Comment to "Anwar jangan lari! Kami cuma nak DNA...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.