10 March 2011

Apa kecoh-kecoh pasal UMB & BPN yeop?

Kecoh sekarang pasal UMB di kalangan blogger mesra kerajaan. Apa hal yeop? Peruntukan tak sampai ke atau peruntukan kena kapoor... Hahahaa..! Tulah korang jangan percaya sangat dengan puak-puak berjawatan dalam UMNO ni. Semuanya penyangak apatah lagi kalau tengok duit berkepok-kepok.

Aku tak mahu masuk campur perihal "pergaduhan" antara bloggers di bawah BPN dengan Unit Media Baru (UMB) bawah Pemuda UMNO sebab selama ini pun aku tak mahu terlibat dengan puak-puak ini. Malah aku sendiri tolak pelawaan seseorang dari UMB untuk join team diorang sebab aku tahu, mereka akan pergunakan aku untuk kepentingan mereka. Kalau tak banyak sedikit... kalau tak sekarang, akan datang!

Sebab itulah aku lebih selesa sebagai bloggers tak bertuan. Tapi bila hal-hal seperti ini kepoh dan kecoh, pastinya bloggger mesra pembangkang akan ketawa terkekek-kekek dan bertepuk tangan sebab bloggers mesra kerajaan semakin hancuss akibat "perang saudara".

Hehe.. Itulah korang percaya sangat dengan puak-puak ini. Aku memang kenal sangatlah kalau yang bernama orang UMNO ni. Time mereka nak bantuan kita, bukan main lagi. Lembek tengkok. Tapi bila peruntukan dah turun, kita pun mereka dah tak pandang. Tak pun mereka kasilah kita sikit, yang lain mereka sapu!

Aku nasihatkan kepada Panglima Perang Cyber dan rakan-rakan BPN-nya, tak usahlah berharap sangat daripada puak-puak dalam UMNO ini. Mereka semua nak mempergunakan korang. Lebih baik korang jadi blogger macam aku. Miskin pun tak apa, asal hati senang. Tak ada duit minyak atau duit kopi pun tak apa, asal tak sakit hati.

Orang UMNO ini semua macam ikan belukang, pantang bunyi "ceplup"... berebut menyambar!


Pssstt...! Apa khabar Datuk 10 persen... Dah balik dari NZ ke?

Share this

2 Responses to "Apa kecoh-kecoh pasal UMB & BPN yeop?"

  1. Salam huhu.Dah tau pemimpin UMNO mcm tu korang nak lagi dekat. Salah korang jugak.Jadi aje bloger bebas. Hentam apa yg tak betul.Kalau gomen tak betul hentam gomen jugak.kalau pembangkang tak betul hentam depa jugak.Tak semua pembangkang btak betul dan tak semua kerajaan betul.Kitalah yg kena perbetulkan

    ReplyDelete
  2. Setuju! Aku memang elak dipengaruhi mana2 pihak. Jadi blogger bebas ni lagi best. Boleh hentam kiri kanan... kalau nak sapu pun, sapu kiri kanan. Hahaha...
    Bro, blogger pun bukan semuanya betul!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.