01 March 2011

AS siap sedia nak serang Libya!


Aha! Peluang yang ditunggu-tunggu oleh AS dan sekutunya yang sudah lama mengidamkan Libya sudah terbuka luas. Krisis politik di negara yang kaya minyak itu bakal dimanfaatkan oleh AS untuk menyerang dan "merampas" Libya sebagaimana mereka memanfaatkan kesilapan yang dibuat Saddam Hussein yang menyerang Kuwait.

Satu dunia sudah mengetahui Gaddafi merupakan salah seorang pemimpin Islam yang keras kepala dan sukar tunduk kepada Barat terutama AS, sepertimana Saddam dan pemimpin Iran, Ahmadinejad. Lalu krisis di Libya terutama cara Gaddafi menangani para penunjuk perasaan antikerajaan telah dijadikan modal dan alasan untuk AS menyerang Libya dan merampas telaga minyak negara itu, sepertimana mereka lakukan ke atas Iraq.

Inilah yang sedang dilakukan oleh Barat sekarang ini. Apabila krisis politik di Libya muncul, AS dan sekutunya cepat-cepat menyiapkan armada perangnya. Tetapi kenapa di Mesir, Tunisia, Bahrain dan kini Oman negara-negara terbabit tidak pula beriya-iya untuk menghantar tentera mereka?

Sebabnya kerana Libya kaya dengan minyak dan keduanya kerana kedegilan Gaddafi untuk tidak tunduk kepada Barat serta menjadi pemimpin yang paling lantang (selepas persaraan Dr. Mahathir) mengutuk PBB  dan kuasa-kuasa besar dunia. Baca di sini dan di sini!

Tidak mustahil krisis di Libya ini didalangi oleh Barat sepertimana mereka cuba lakukan ke atas Malaysia sejak pemerintahan Dr. Mahathir apabila negara Barat menggunakan pemimpin dari negara ini yang dipecat dari kerajaan untuk menghuru-harakan negara, sekaligus menjatuhkan Mahathir. Mahathir merupakan pemimpin Islam paling lantang mengkritik PBB dan menghentam kuasa besar pada masa itu kerana menyokong tindakan Israel menyerang Palestin.

Dan aku membayangkan dalam tempoh beberapa hari lagi AS dan sekutunya akan masuk campur secara terang-terangan di Libya untuk menjatuhkan Gaddafi dan mengheret pemimpin Islam itu ke pengadilan mereka konon untuk menegakkan keadilan atas "kekejaman" Gaddafi terhadap rakyat mereka. Nasib Gaddafi akan jadi seperti Saddam.

Jadi tidak lama lagi kita bakal melihat sebuah lagi negara Islam yang kaya dengan hasil minyak jatuh ke tangan AS dan sekutunya sepertimana nasib yang hadapi oleh Iraq. Apabila ini berlaku yang sengsara ialah rakyat Libya sendiri yang sebahagian besarnya beragama Islam.

Share this

0 Comment to "AS siap sedia nak serang Libya!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.