14 March 2011

Awas! Perogol gadis bawah umur berkeliaran

Lebih 9,500 gadis bawah umur menjadi mangsa rogol sepanjang lima tahun dari 2005 hingga 2010. Itu yang direkodkan oleh pihak polis. Kalau ditambah dengan kes-kes yang tidak dilaporkan tentunya angka itu bertambah. (Baca di sini!)

Abu Seman Yusop memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari ini, jumlah anak gadis bawah umur yang menjadi mangsa rogol lebih ramai berbanding mereka yang melepasi umur (gadis dewasa) sepanjang tempoh tersebut.

Mak aih... Aku ingat termasuklah mereka yang "serah mahkota" secara suka rela tetapi kerana bawah umur, pasangan dicaj rogol.

Walaupun detail berdasarkan kaum tak diberikan oleh Abu Seman tetapi aku membayangkan jumlah anak-anak gadis Melayu yang jadi mangsa rogol ini tentunya jauh lebih tinggi berbanding kaum Cina dan India. Itu pandangan akulah sebab orang Melayu kan jaguh dalam segala hal.

Melayu hebat sebagai jaguh penghisap dadah dan penghuni pusat serenti paling ramai. Melayu juga tersenarai paling ramai buang anak dan tentunya ramai juga yang serah mahkota kesucian kepada kekasih hati.  Kebetulan pada masa yang sama kepala peliwat kat Malaysia pun budak (?) Melayu.

Jadi, aku nak nasihatkan kepada anak-anak gadis di luar sana atau mak bapak yang ada anak gadis, berhati-hatilah. Para perogol bersepah di luar sana yang menanti masa dan peluang untuk meragut mahkota kegadisan kalian atau anak-anak kalian. Sama ada suka rela atau suka paksa, sesiapa yang "bermain mak-mak" dengan budak-budak perempuan bawah umur (bawah 18 tahun beb!) akan dicaj sebagai kes rogol.

Tapi pada masa yang sama aku juga nak nasihatkan para lelaki jambu di luar sana... Awas! Ada peliwat bersiri yang masih bebas walaupun sedang dibicarakan. Maklum sebagai peliwat istimewa, dia boleh mengulangi perlakuannya bila-bila masa sahaja, terhadap sesiapa sahaja... Asalkan jambu!

Share this

0 Comment to "Awas! Perogol gadis bawah umur berkeliaran"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.