21 March 2011

Baju nampak tetek... Miera tak perlu minta maaf

Hanya sehelai baju telah melonjakkan nama Miera Leyana... Hebat!
Miera Leyana tak perlu minta maaf gara-gara memakai baju yang menampakkan sebahagian teteknya sebaliknya dia patut berterima kasih kepada pencipta pakaian itu, Wan Huzairil kerana kalau tidak pakaian tersebut sudah tentu orang tidak mengenali siapa Miera Leyana.

Sungguh... Aku sendiri pun rasanya tak pernah dengar namanya sebelum ini. Maknanya namanya tidaklah hebat sangat dalam industri hiburan kita. Tetapi gara-gara berpakaian sedemikian, tiba-tiba namanya meletup dan semua orang pakat cari gambarnya itu di Internet.

Lagi pun buat apa nak minta maaf sedangkan Miera bukan setakat artis tetapi juga model antarabangsa (ikut pengakuannya di sinilah!). Jadi sebagai model antarabangsa setakat bergambar sehingga menampakkan sedikit bahagian buah dada (sebab fesyen pakaian) apalah sangat kalau nak banding ramai lagi mereka yang mengaku sebagai artis, berpakaian hampir separuh bogel malah ada yang sanggup berbogel pun. Jadi buat apa Miera kecoh-kecoh nak minta maaf pada peminat?

Aku percaya selepas ini saham Miera meletup-letup dan akan menjadi buruan ramai kalangan produser untuk mengambilnya sebagai pelakon drama atau filem mereka. Malah para VIP gatal yang sedang mencari calon bakal isteri muda pun akan resah gelisah nak tahu siapa gadis ini, kan?

Jadi, tahniahlah Miera kerana anda telah berjaya melonjakkan nama anda di persada hiburan tanah air hanya melalui sehelai baju sedangkan berlakon 5 drama sebelum ini haram tak ada siapa perasan adanya pelakon bernama Miera Leyana.

8 comments:

Frodo Baggins said...

oooooo tapi siapa dia ni??
hahahhaha agen iluminati ka?
keh3x


>>____<<

mansid said...

Saje je si Miera ni nak tunjukkan tetek dia. Cara mudah dan cepat nak jadi popular. Sambil tu lawati blog saya.
Najib: Anwar should provide DNA sample

ikafantasi said...

perempuan skang dah hilang malu...
tunjuk dapat duit ye??
makan lahh duit yg tak tau halal haram tu...
sbb tu skang yg dah terpesong makin terpesong...

na'uzubillah...

labu said...

hahaha.....
yg pakai baju tak cukup kain
ko cakap tak payah mintak maaf

mmg sngal tul lah ngko ni

zizie said...

Hahahaha..,,,,lain kali pakai coli la..,,,

Tanakwagu said...

takkan dia pakai baju tu tak tengo depan cermin terlebih dahulu. permohonan minta maafnya tidak bermakna kerana jelas ia disengajakan

tambah berat badan said...

aku tak tahu menahu hal- hal macam ni tapi dah post kat sini maka tertahu lah aku... kalau nak post gambar2 camni tolong lah censored bahagian tu.. tak tahan la..

muslim al-islam said...

baik xpayah pakai baju terus.... kalau nak jadi bukan islam pun agak2lah.,tapi xpe zaman dah xlama dah,tunggu kiamat je,mana yg mengingati teruskan amal....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...