01 March 2011

Banyak duit UMNO buat kuarters guru!

TERKINI:
Calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang didewa-dewakan Pas Melaka sebagai calon tempatan rupanya tidak mengundi di DUN Merlimau. Berdasarkan pendaftaran SPR, Yuhaizad mengundi di DUN Bemban sebab rumahnya di Kuaters Guru Kemendor. Hehee...! Kesian orang Merlimau kena tipu lagi dan lagi dan lagi oleh puak-puak Pas! Baca selanjutnya di sini!

POS ASAL:
Uik...! Banyaknya duit UMNO sampai mampu buat kuarters guru. Kalau takat yang calon Pas sorang duduk masuk jugak dik akal tapi kalau satu negara semuanya "duit UMNO" pergh... memang UMNO banyak duit beb. Gila..! Mana datangnya duit UMNO ni sampai mampu buat rumah untuk cikgu-cikgu. Duit rasuah ke? hehehe...

Memang calon Pas, Yuhaizad ini cetek fikiranlah sampai tak boleh nak bezakan antara projek UMNO dan projek kerajaan Pusat. Oik...! Kerja-kerja buat kuarters guru tu ialah Kementerian Pelajaran, di bawah kerajaan Pusat yang partinya adalah Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebagai parti terbesarnya. Bukannya duit UMNO. Dan aku percaya Muhyiddin pun tak akan kata yang kuarters guru itu milik UMNO tapi milik kerajaan BN.

Tapi aku memang tak hairan kalau Yuhaizad dengan tak malunya akan tinggal kat kuarters kerajaan walaupun laki bini duk hentam kerajaan sebab perangai orang Pas macam tu. Mereka akan katalah duit kerajaan tu datangnya dari duit rakyat yang bayar cukai dan sebagai rakyat dia layak duduk rumah kerajaan.

Hehe.. Banyak cukai kau bayar kat kerajaan? Kau duduk kuarters kerajaan cukai pintu tak perlu bayar, cukai tanah tak perlu bayar, cukai jalan tu pun terpaksa bayar sebab takut kereta tak boleh jalan tapi berapa sen sangat? Erk.. apa lagi cukai yang diorang bayar sehingga kerajaan boleh buat kuarters untuk rakyat macam dia duduk? Hehee... Korang kiralah sendiri!

Aku ingat baik Yuhaizad anak beranak ni pack barang awal-awal dan mula cari rumah sewalah atau cari rumah-rumah rakyat yang sudah dibina oleh Pas atau pakatan haram zadah kat negeri pemerintahan mereka, kat Kedah ke... Kelantan ke... Lepas PRK Merlimau ni bolehlah mereka anak-beranak pindah. Habis nak buat macam mana, kerajaan BN memang kejam!

Psstt... pesan Tok Guru! Duduk rumah kerajaan tak haram, yang haramnya pangkah BN!

Share this

0 Comment to "Banyak duit UMNO buat kuarters guru!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.