18 March 2011

Heboh gambar Ketua UMNO Gombak dan dot dot dot

Gambar kontroversi... Ori atau palsu?
Heboh di alam maya apabila tersebar gambar Ketua UMNO Bahagian Gombak dengan seorang wanita dalam keadaan yang cukup intim. Khabarnya gambar tersebut mula disebarkan oleh blogger Milo Suam, blogger mesra pembangkang. Akibatnya ramailah blogger mesra kerajaan tuntut mamat ni buat penjelasan. Betulkah? Kalau betul sahkah?

Ada yang tuntut supaya kalau benar gambar ini super imposed, mamat ni kena tender surat saman kat blog Milo Suam. Ada juga yang awal-awal pertahan kata gambar ini adalah super imposed.

Aku tak mahu komen sama ada gambar ni betul-betul super-exposed atau hasil super-imposed. Tak mahu aku dituduh sengaja nak mempopularkan blog aku walaupun sebenarnya aku ada sedikit ilmu untuk memastikan gambar ini palsu atau sebaliknya.

Oopss.. nak senang pastikan ia palsu atau ori, dapatkan gambar asal, bukan gambar yang telah disimpan semula orang lain apatah lagi kalau dah dipinda macam kurangkan resolusi, taruk watermark dll... Maaf gambar dalam Milo Suam dah tak "ori". Info mengenai gambar ni dah "hilang" sebab mungkin dia dah Save As dan guna nama lain atau gambar yang dia terima dah tak ori. Mungkin copy dari sumber lain.

Kalau gambar original, maklumat tentang tarikh gambar diambil dan jenis kamera yang digunakan ada disimpan dalam gambar tersebut secara tersembunyi. Contoh, cuba anda rakam gambar guna Blackberry, handphone atau kamera digital anda, kemudian pindah ke komputer. Bawa kursor ke thumbnail imej tersebut dan akan terpampang maklumat yang aku nyatakan itu.

Tapi yang dalam Milo Suam dah tak ada semua tu. Itu cara paling mudah nak tahu ori ke palsu. Cara lain (kalau gambar dah hilang maklumat tu) kena guna perisian khas... Yang ini aku tak boleh bagitau, panjang cerita!

Bagi aku betul atau tidak gambar ini, elok kita serah kepada tuan punya badan untuk buat penjelasan. Kalau bukan super-imposed pun, siapa tahu kalau pasangannya itu adalah isteri yang sah. (Psstt... pasangannya itu macam familier. Di mana ya?) Tak pasal-pasal kita dapat malu. Tak gitu?

Cuma satu je nasihat, jangan sekali-kali bergambar dalam keadaan seperti ini baik dengan pasangan yang sah, apatah lagi yang tak sah terutama di kalangan pemimpin politik. Sebab ini semua akan menjadi senjata pemusnah diri sendiri dan parti.

Bagi mereka yang belum masuk politik tetapi pernah bergambar sedemikian pun elok jangan involve dalam politik. Seperti aku kata sebelum ini, bila masuk politik musuh kita ada di sekeliling dan cari sebab untuk menjahanamkan kita, tak kira dari lawan mahupun kawan.

Hati-hatilah....!

Nota: Perkataan super-impose mula terkenal sejak tersebar gambar intim Edry KRU dan Linda Rafar sekitar tahun 1990-an dahulu. Sejak itu ada saja gambar kontroversi semua kata ia super-impose.

Share this

1 Response to "Heboh gambar Ketua UMNO Gombak dan dot dot dot"

  1. Gambar ini memang chun sangat. Pandai orang yang buat superimpose. Badan puteh, muka je gelap sikit. Tapi oklah tu.


    Kesah Cinta 3 Segi: Ryan Chong-Daphne Iking-Darren Choy

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.