18 March 2011

Hisham... jengoklah Pulapol!

Kesian bakal-bakal polis kita kat Pulapol Jalan Semarak. Sejak dikesan ada kes Adenovirus tiada siapa jenguk mereka di sana dan lihat keadaan pusat latihan itu. Apa sebenarnya penyebab berlaku wabak jangkitan virus akibat binatang ini? Betul ke keadaan di Pulapol menyedihkan terutama stor tempat simpan barang dapur seperti beras, gula juga menjadi sarang tikus?

Seingat aku sehingga kini menteri yang jaga polis belum jenguk keadaan di Pulapol walaupun dah dua orang bakal anggota polis meninggal dunia akibat jangkitan virus ini dan dah berapa ramai dah yang masuk ICU. Ketua Polis pun khabarnya belum jenguk keadaan para pelatih polis ini di HKL apatah lagi masuk Pulapol ketika kes ini tersebar. (Betulkan kalau aku salah...!)

Hisham tak boleh bergantung kepada laporan pihak atasan di Pulapol atau Menteri Kesihatan sahaja tetapi dia kena jenguk keadaan di Pulapol tu. Betul ke stor simpanan makanan jadi sarang tikus, lipas dan segala mak nenek? Atau takut nak masuk Pulapol sebab takut jangkitan Adenovirus? Dan pada masa sama pergilah juga jenguk keadaan kuarters mereka kat belakang sana tu. Uzur benar rupanya.

Aku rasa dah berapa ramailah Menteri Dalam Negeri bertukar, tetapi jarang benar aku dengar mereka pergi lawat Pulapol. Tak tahulah pulak kalau mereka pergi diam-diam sampai tak boleh dikesan oleh pihak media. Tetapi aku rasa jarang benarlah dengar menteri lawat Pulapol, apatah lagi Perdana Menteri atau timbalannya.

Seingat aku menteri yang rajin jengok keadaan balai polis, berek polis, penjara hanya DS Noh Omar masa dia jadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu. Pantang ada kes, cepat je dia sampai. Yelah, kalau tak jengok sendiri macam mana nak tahu keadaan sebenar. Aku memang suka cara macam ni. Bukan jenis menteri yang hanya tunggu laporan dari pihak berkenaan, sebab tahu sajalah kalau laporan tu semuanya baik. Susah nak cari yang tak elok. Kalau tak elok, nanti yang bagi laporan juga kena bambu.

Sebenarnya Pulapol ini juga penting selepas Akademi Polis di Cheras itu. Di sinilah para anggota polis pelbagai pangkat peringkat pertengahan ke bawah (setahu aku dari Inspektor ke konstabel) dilatih. Tapi tempat latihannya pun dah uzur luar dalam, macam mana nak lahirkan anggota polis yang baik. Maklum Pulapol ni dah lama dah. Seingat aku ditubuhkan masa zaman penjajahan British lagi. Sebab tu banyak bangunannya masih lagi kekal dengan bangunan kayunya. (Baca sejarah Pulapol di sini!)

Aku tahu sebab aku sering jugak keluar-masuk kawasan Pulapol sebelum ini sebab sepupu aku tinggal kat kuarters Pulapol dan masa muda-muda dulu pernah juga beradu tenaga dengan para pegawai PDRM lawan bola kat padang Pulapol ini. Kuarters mereka pun kecik dan sempit. Hanya mempunyai dua bilik. Sepupu aku tinggal situ dari baru kahwin sampai sekarang dah bercucu. Agaknya sebab mereka bukan pegawai pangkat tinggi maka ramai yang terlepas pandang.

Satu lagi sehingga kini kerajaan belum dapat sahkan dari mana punca datangnya wabak Adenovirus ini. Pulapol dah nafi penyediaan makanan  punca jangkitan walaupun beberapa ada veteran polis bagi tahu kalau keadaan stor simpanan makanan jadi sarang tikus.

Lepas tu mereka salahkan Sungai Bonus punca jangkitan. Sungai Bonus mengalir hampir sebahagian kawasan KL sebab dia adalah anak sungai kepada Sungai Klang. Bayangkan kalau sungai ini puncanya, bukan setakat Pulapol kena jangkitan, warga KL kat Kg. Baru dan Semarak pun dah kena jangkitan ini. Tapi nampaknya hanya pelatih dan kakitangan dalam Pulapol saja yang kena.

Jadi aku harap pak menteri yang jaga polis jengoklah keadaan di Pulapol dan lihat tang mana yang tak kena. Lepas tu pereloklah sikit Pulapol tu. Sekarang ini banyak dah berek polis dan balai polis satu negara dah diperbaharui, elok juga kalau Pulapol juga dibina baru.

Share this

0 Comment to "Hisham... jengoklah Pulapol!"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.