01 March 2011

Ingat Anwar cerdik, rupanya polis lagi cerdik!

Aku ingatkan Anwar ni cerdik rupanya polis lagi cerdiklah. Anwar bermati-matian tidak mahu memberikan DNA kepada polis tetapi rupanya polis cukup mudah nak dapatkan DNA-nya. Iaitu dengan merampas berus gigi dan tuala Good Morning yang digunakan oleh Anwar ketika ditahan dilokap Bukit Aman tahun 2008 lalu.

Itulah yang diberitahu oleh saksi kepada mahkamah masa perbicaraan kes liwat kedua pemimpin anugerah tuhan oleh bininya di mahkamah hari ini. Baca selanjutnya di sini dan di sini! Boleh juga baca laporan rakan blogger di sini!

Sekarang ini para peguam Anwar cuba nak buktikan bahawa pengambilan bahan-bahan bukti yang dirampas oleh polis adalah tidak sah (sebab tanpa izin tuan punya barang!).

Betullah orang kata, sepanjang kes liwat kedua Anwar ni berlangsung, para peguam yang diketuai oleh Karpal anak beranak cuba untuk mencari kelemahan segi teknikal di pihak polis dan saksi dan bukannya nak membuktikan bahawa Anwar tidak meliwat Saiful atau sebarang alibi untuk tidak mengaitkan Anwar dengan keliwatan Saiful.

Maknanya mereka sekali lagi berusaha untuk membebaskan anak guam mereka dengan menggunakan alasan teknikal sepertimana kes liwat pertama 10 tahun lepas. Apakah kali ini team peguam Anwar akan berjaya?

Meh kita pakat tunggu kesudahan episod Drama King ini! Bila kesudahannya jangan tanya aku....

Share this

2 Responses to "Ingat Anwar cerdik, rupanya polis lagi cerdik!"

  1. Boleh tak kalau mahkamah yang membicara nuar ni lebih telus..Macam zaman Pak Lah dulu yang siarkan persidangan dewan rakyat kat dalam TV...Aku rasa mahkamah kena telus...dan rakyat boleh menilai yang mana intan dan yang mana pasir...

    agak-agak nuar ni tarafnya apa ye???

    ReplyDelete
  2. Nak ke kau dan anak2 kau tengok cerita dalam seluar anu-war ni? Dalam mahkamah tak ada tapis, semua cerita direct dan jelas termasuk kalau mahkamah tanya Saiful macam mana cara Anwar masukkan anunya dalam lobang dia dan Saiful kena cerita detail sbb nak tahu kesahihannya. Ko sanggup ke tengok/dengar kat TV secara live? Berita2 yang disiar dalam surat khabar pun dah buat aku mual...!!
    Lagi pun tak ada dalam dunia kes mahkamah disiar secara langsung dlm TV. Setahu aku kamera pun tak boleh bawak.
    Pasal Pak Lah buat live sidang Parlimen, nah kau satu negara tahu macam mana sarkas-sarkas yang dipilih rakyat beraksi di Parlimen.
    Begitu juga bila Pak Lah buat live persidangan UMNO, nah kau orang Melayu dah tak boleh bercakap soal Melayu lagi sebab dibantah bukan Melayu... Akhirnya UMNO dituduh rasis! Alaa Pak Lah tu dengan menterinya sendiri pun kena tipu hehe...!

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.