28 March 2011

Ke mana Nasaruddin Mat Isa menghilang?

Aku sebetulnya dah lama tertanya-tanya ke mana perginya Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas. Dah lama benar tak dengar suara atau pandangannya. Tak tahulah kalau dia duk beri ceramah sana sini tapi tak dilaporkan. Tetapi ketika negara sedang panas dengan pelbagai isu berkaitan pemimpin anugerah tuhan, suara Ustaz Nasa tak kedengaran. Begitu juga dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini pun kelibat Ustaz Nasa tak kelihatan.

Apa sudah jadi dengan orang no. 2 dalam Pas ini? Apakah merajuk, terasa hati atau ada sesuatu rasa tak puas hati dalam diri terhadap pucuk pimpinan parti, terhadap pandangan Tok Guru atau kepada Presidennya? Atau Ustaz Nasa cuba menjauhkan diri daripada politik kepartian yang dilihat semakin caca-marba sejak Pasti Aslam Semalaysia ini bersekutu dengan parti kafir harbi DAP dan parti peliwat dan penzina macam PKR?

Apakah juga Ustaza Nasa merajuk hati selepas usaha beliau nak wujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO ditentang habis-habisan oleh Tok Guru atau juga kerana usaha tersebut Ustaz Nasa telah dipancung sehingga tidak mampu mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan. Peliknya ketika pelbagai isu yang berlaku hari ini, Ustaz Harun Taib pula yang lebih menonjol.

Mungkinkah kerana merajuk atau sebab tidak puas hati dengan perjuangan Pas sekarang maka Ustaz Nasa juga membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Pas pada muktamar parti tahun ini?

Hemmm....

Share this

0 Comment to "Ke mana Nasaruddin Mat Isa menghilang?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.