24 March 2011

Kes liwat: Anwar terperangkap dengan permainan sendiri

Drama Liwat II kini memasuki babak-babak akhir.

Anwar Ibrahim yang cuba melengah-lengahkan perbicaraan kes liwatnya ke atas Saiful Bukhari sehingga mencapai tiga tahun serta cuba mencari kelemahan dari segi teknikal dengan pelbagai bantahan dan tuntutan tak masuk akal, kini semakin terperangkap dengan permainan yang diaturnya sendiri apabila satu persatu strategi pihak pendakwa mula "memerangkap" beliau.

Ia bermula apabila perbicaraan memasuki fasal bukti DNA pada tubuh mangsa yang menemukan DNA "Lelaki Y". Bagi membuktikan bahawa tertuduh sama ada ya atau bukan pelakunya, maka DNA tertuduh (Anwar) diperlukan. Tetapi Anwar mempermainkan mahkamah dengan menolak pemberian sampel DNAnya.

Tetapi kebijaksanaan pihak pendakwa ialah menggunakan tiga barang milik Anwar yang digunakan ketika ditahan di lokap polis - berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral - sebagai barang bukti untuk diambil sampil DNA. Terperangkap dengan itu, Anwar melalui peguam Kapal Sing mendesak hakim batalkan tiga barang tersebut sebagai bahan bukti kerana ia diambil "tanpa kerelaan" tertuduh.

Baik! Hakim mahkamah tinggi membenarkan permohohan Anwar selepas perbicaraan dalam perbicaraan dilakukan. Anwar menarik nafas lega manakala pihak pendakwa pula tidak membuat sebarang bantahan. Ini menyebabkan rakyat di luar sana "bangkit" dan mendesak Anwar serah DNA. Beratus-ratus rakyat berdemo setiap hari di hampir seluruh negara membuat desakan tersebut. Tetapi Anwar tetap berdegil.

Sebaliknya Anwar menyusun strategi "menyerang" Najib dengan menuntut DNA Najib untuk dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantunya. Road show dilakukan untuk membuat desakan tersebut tetapi silapnya apabila cabaran itu disambut dan Najib sedia serahkan sampel DNAnya dengan berbekalkan slogan "berani kerana benar takut kerana salah". Anwar terdiam...

Di mahkamah, pendakwa memohon mahkamah arah Anwar serah DNA selepas tiga barang ditolak sebagai bahan bukti. Mahkamah ambil masa beberapa hari untuk buat keputusan yang akhirnya bersetuju supaya Anwar tidak perlu serah DNAnya. Lega Anwar... tetapi sebaliknya menerima semula tiga barang - berus gigi, tuala Good Morning dan botol mineral - sebagai bahan bukti. Anwar terperangkap lagi dan mula mohon buat semakan semula tetapi permohonan itu ditolak. Anwar dah gelabah...

Hari ini pihak pendakwa mahu menampilkan 73 saksi bagi "menentang" Anwar termasuk Najib dan Rosmah yang telah bersetuju untuk tampil di kandang saksi. Ini kerana selama ini Anwar terus-terusan mengaikan drama Liwat II sebagai rekayasa PM dan isteri untuk menjahanamkan karier politiknya. Dan Najib serta Rosmah dikatakan orang pertama ditemui Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis.

Kesimpulan:
Jelas sekali pihak pendakwa kali ini membuat "persiapan rapi" dan menyusun strategi yang begitu bijak untuk berhadapan dengan Anwar yang diketahui umum amat pintar bermain lidah ditambah dengan pasukan peguamnya yang begitu ramai itu.

Pengalaman kes liwat pertama mengajar segalanya. Kini Anwar semakin terperangkap dan semakin tidak dapat mengelak sedangkan dialah yang mengatur permainan sehinggakan perbicaraan tertangguh sehingga hampir 3 tahun.

Aku percaya drama ini bakal berakhir dengan happy ending... Mangsa dapat pembelaan sewajarnya dan tertuduh diseret ke Sungai Buloh. Ingat pepatah orang tua "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Share this

0 Comment to "Kes liwat: Anwar terperangkap dengan permainan sendiri"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.