02 March 2011

Lanjutkan bayaran saman: UMNO dah terdesak nak menang PRK!!

UMNO dah terdesak untuk menang PRK di Kerdau dan Merlimau sehingga sanggup menjilat ludah sendiri apabila hari ini Hishammuddin mengumumkan tempoh bayaran saman trafik yang sepatutnya berakhir kelmarin (Isnin) dilanjutkan 10 hari lagi.

UMNO/BN yang kini merasakan calon mereka tergugat di Kerdau dan Merlimau selepas mendapati Pas berjaya menarik sokongan mendadak, mula bermain kotor dengan menabur rasuah politik. Dan penangguhan bayaran saman sehingga selepas PRK Kerdau dan Merlimau adalah bukti UMNO/BN dah terdesak untuk menang pada PRK kali ini. 

Hehe.. Ini bukan aku cakap, tapi puak-puak Pas. Itulah modal terbaru kempen puak-puak Pas di Kerdau dan Merlimau mulai hari ini sehingga Ahad ini. (Psstt...! Saja aku bagi modal diorang untuk berkempen sebab kesian tengok mereka kekeringan isu...)

Apa pun aku yakin ramai yang sambut baik pengumuman Hishammuddin ini terutama para petugas pilihan raya Kerdau dan Merlimau, para bloggers dan juga para pemimpin UMNO yang sekarang duk bertungkus-lumus berkempen. Mereka tak ada masa dan tak sempat nak pergi bayar saman. Maka dengan lanjutan tempoh sehingg PRK berakhir, bolehlah mereka melunaskan saman mereka.

Opss... Puak-puak Pas tak kisah sangat pasal tempoh bayar saman ini sebab Mah-puss dah bagi fatwa yang kita tak perlu bayar saman tersebut sebab kerajaan nak bagi duit hasil kutipan saman tu kepada dua syarikat kroni UMNO.

Hahaha... Lagi pun Tok Guru pesan, tak bayar saman tak haram, yang haram kalau tolak Pas dan pangkah UMNO!

Share this

1 Response to "Lanjutkan bayaran saman: UMNO dah terdesak nak menang PRK!!"

  1. Nanti depa ckp duit saman itu UMNO mkn duit rakyat..,,adess,,,

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.