05 March 2011

Live dari Merlimau: Jentera Pas dah bungkus? (Updated!)

(Tambahan info kat bawah!)

Penghuni markas induk Pas sekarang ini - Meja dan kerusi sahaja!
Apa dah jadi dengan jentera pilihan raya Pas? Hari pembuangan undi tinggal sehari, markas induk  mereka dah kosong. Yang tinggal kini kerusi-kerusi kosong dan ada yang tersusun seperti siap sedia nak diangkut dalam lori. Markas ini juga tak berpenunggu. Apakah mereka sudah mengaku kalah?

Poster Konsert Orang Muda Geng Kita!
Semalam, Pas cuba tarik pengundi muda di Merlimau dengan mengadakan konsert artis tak popular di markasnya di Merlimau tetapi difahamkan tiada sambutan. Kira-kira 30 biji kerusi disediakan untuk penonton tidak terisi melainkan pekerja jentera mereka sahaja beberapa orang. 

Apakah kerana kecewa usaha untuk memancing anak muda menyertai mereka gagal maka mereka semua pakat angkat kaki dan bungkus? Ish ish ish... kesian Pas Melaka terkial-kial keseorangan. Mana askar-askar bantuan dari PKR dan DAP yeop?

Minta maaflah Pas! Berdasarkan temubual aku dengan beberapa pengundi, mereka sudah selesa dengan BN dan tidak mungkin menggadaikan masa depan Merlimau di tangan wakil rakyat dari parti lain. Semua pembangunan fizikal sudah mereka perolehi dari jalan raya bertar sehinggalah IPT.

Aku tanya seorang pengundi India, apa mahu dari wakil rakyat baru? Dia kata semua sudah cukup. Sudah tak mahu apa-apa lagi. Sekolah Tamil sudah ada. Kuil-kuil sudah ada, semua sudah ada.

Bila aku cuba tanya pengundi yang berkopiah hijau... dengan malu-malu kata tak mahu komen. "Saya orang kerajaan...". Yang seorang lagi kata... "Saya imam di sini. Tak boleh cakap.." Hahahaha.... Kat kedai kopi bukan main berani temberang dan hentam kerajaan, bila aku tanya apa dia nak dari wakil rakyat baru, tak pulak berani. Kalau rasa perjuangan kau betul, kau cakaplah terus terang apa yang nak! Aku cuma blogger kecil, bukannya dari TV3 ke Utusan ke! Cit!

TERKINI:
Laaa... rupanya markas induk Pas dah "berpindah" ke Masjid Asy-Syuja'ah, Merlimau Utara.... Patutlah!

Share this

0 Comment to "Live dari Merlimau: Jentera Pas dah bungkus? (Updated!)"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.