15 March 2011

Malaysia Bolehland! Tertuduh lebih berkuasa dari PM, hakim

Malaysia Boleh... semua boleh. Itu pasal ramai orang gelar "Malaysia Boleh-land". Mana tak boleh kalau tertuduh kes liwat lebih berkuasa dari tuan hakim atau Perdana Menteri. Tertuduh yang sedang dibicarakan kes liwat boleh lepas bebas, boleh ceramah sana sini, boleh jaja prosiding mahkamah. Hebat OKT seorang ini. Sungguh istimewa. Malaysia Boleh!

Selepas mendapat keistimewaan yang tak boleh dinikmati oleh peliwat lain, tertuduh ini boleh pula nak suruh hakim letak jawatan. Hebat tertuduh ini. Dia ni ada lesen kapal terbang ke sampai hakim pun boleh dia dakwa. Ini siapa liwat siapa ni? Malaysia boleh... memang boleh!

Sekarang ini sebab takut nak kasi DNA sebab takut pula dikaitkan dengan kes-kes lain, tertuduh boleh pulak suruh orang lain bagi DNA. Mereka nak buat kempen satu negara desak Najib serah sample DNA untuk kes ratu Mongolia. Najib ke orang kena tuduh? Yang pasti tertuduh kes liwat tetap takut nak kasik sample DNA sampai macam-macam usaha nak dilakukan.

Lepas ni mana-mana tertuduh kes liwat ke, rogol ke, sumbang mahram ke jangan kasi DNA. Kalau polis ambik DNA tanpa izin, minta mahkamah gugurkan semua bahan bukti. Lepas tu suruh pula mahkamah ambik DNA orang lain. Kalau boleh ambik DNA tuan hakim sendiri. Tak pun ambillah DNA tuan lawyer, tapi jangan DNA OKT.

Bagus... Aku bukan doa tapi bayangkan kalau selepas ini ada anak atau cucu OKT yang nak mengelak diambil DNA ni kena pula liwat atau rogol. Apa pula tindakan mereka? Apakah langkah serupa diambil atau mereka tak cukup tanah kejat peliwat atau perogol berkenaan?

Ish... tak dapat aku bayangkan. Ingat Anwar! Kau ada anak dan ada cucu. Allah itu maha adil. Kau boleh lepas hukuman dunia, tapi hukuman akhirat tak boleh nak elak dah. Lepas tu, Allah juga boleh jatuh hukuman ke atas anak cucu kita. Hari ini kita liwat anak orang, lepas ni orang pulak liwat anak cucu kita. Apa kau nak kata masa tu?

Psttt... Nampak sangat Anwar lebih takut DNA daripada Allah! Masya-Allah....

Share this

0 Comment to "Malaysia Bolehland! Tertuduh lebih berkuasa dari PM, hakim"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.